Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bantah pesta arak: Jamal pecahkan botol bir di SUK
Diterbitkan:  Oct 5, 2017 11:35 AM
Dikemaskini: 4:50 AM

Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini bertindak memecahkan lebih 100 botol  arak di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam.

Hadir bersama kira-kira 20 orang penyokongnya sambil membawa beberapa peti minuman keras dan tukul besi pada jam 10.15 pagi, Jamal, berkata, pihaknya membantah sebarang penganjuran pesta arak di Selangor.

Pemimpin Umno itu turut memberikan amaran kepada pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak mengambil mudah terhadap penganjuran pesta itu selain melarangnya diadakan di Selangor.

"Kalau nak minum, biar Azmin Ali and the gang, exco, minum dan mabuk dalam pejabat, tapi jangan bagi rakyat Selangor mabuk berpesta arak, ini yang kami tak nak...

"Apa punya MB, ajak rakyat Selangor mabuk..., bodoh.

"(Harus) batalkan terus, jangan tertangguh-tangguh lagi," katanya.

Jamal kemudian menggunakan sebuah tukul besi lalu memecahkan botol arak yang disusun di hadapan pagar bangun pentadbiran kerajaan negeri Selangor itu sambil aksinya dirakamkan oleh wartawan dan jurugambar.

Namun, jenama arak yang dibawa oleh Jamal dan penyokongnya itu ditutup dengan logo
Festival Better Beer 2017 yang sepatutnya diadakan mulai esok di Kuala Lumpur tetapi dibatalkan kerana permitnya ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Susulan itu, terdapat spekulasi bahawa penganjur didakwa membuat permohonan baru kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata acara berkenaan tidak pernah dilarang seperti pada tahun-tahun sebelumnya, kerana tidak ada maklumat yang diterima mengenai rancangan militan untuk melakukan sabotaj seperti pada tahun ini.

 

Lihat Komen
ADS