Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penjudi bertudung: Kalau anak tahu, pasti malu
Diterbitkan:  Oct 12, 2017 4:57 PM
Dikemaskini: 8:59 AM

Seorang wanita bertudung antara yang ditangkap dalam serbuan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Polis Selangor di Puchong, malam tadi.

Dia juga cuba mempengaruhi polis untuk dibebaskan dengan memberi alasan baru pertama kali berjudi di Taman Kinrara itu, tetapi gagal, lapor Sinar Harian.

Hanya mahu dikenali sebagai Ruby, ibu tunggal kelahiran Indonesia itu berkata dia datang ke premis itu bersama rakannya dengan menaiki kereta dari Kuala Lumpur.

"Awalnya saya mahu menemankan rakan saya bermain, tapi saya diberikan RM10 oleh kawan untuk cuba permainan (judi) ini..saya cuba-cuba sahaja.

"Tak sampai satu jam pun saya main dan duit habis macam itu sahaja," wanita 50-an itu dipetik sebagai berkata selepas tertangkap.

Ibu beranak tiga itu juga dilapor mengaku malu dengan perbuatan itu.

"Anak-anak saya ada di Indonesia, kalau mereka tahu pasti mereka malu dan tidak apa yang mahu dilakukan..saya reda," katanya lagi.

Sementara itu, Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, operasi dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya itu memeriksa 12 buah premis disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sekitar daerah Serdang.

Lihat Komen
ADS