Malaysiakini
BERITA

Shafie Apdal ditahan SPRM

Diterbitkan
Dikemaskini 19 Okt 2017, 2:31 tengahari

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditangkap sekitar jam 9 malam tadi, lebih dari empat jam selepas beliau hadir ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu bagi merekod kenyataan beliau, lapor akhbar tempatan.

Awal hari ini, Anggota Parlimen Semporna itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah dan terus ke pejabat SPRM bersama para peguamnya.

SPRM telah cuba merekod kenyataan beliau berhubung dakwaan penyelewengan paling kurang RM1.5 bilion daripada dana pembangunan untuk negeri Sabah.

Manakala Timbalan Presiden WARISAN Darell Leiking memberitahu Malaysiakini SPRM telah menahan seorang lagi anggota parti itu hari ini.

Darell (gambar kiri) berkata parti itu juga mendapat tahu wakil media WARISAN Amarjit Singh ditangkap berdasarkan maklumat daripada keluarganya.

"Kami tidak tahu kenapa atau bagaimana beliau ditangkap," kata Darrel.

Angka RM1.5 bilion yang didakwa diseleweng dilaporkan datang daripada jumlah keseluruhan peruntukan dana sebanyak RM7.5 bilion untuk projek luar bandar di Sabah selama enam tahun.

SPRM sedang menyiasat 60 buah syarikat yang diberikan projek-projek untuk bekalan air, elektrik dan membina jalan raya bagi membantu rakyat luar bandar Sabah.

Kes ini dikaitkan dengan presiden WARISAN Shafie Apdal yang menjawat menteri pembangunan wilayah dan luar bandar dari tahun 2009 ke 2015.

Bagaimanapun, Shafie menafikan terlibat dalam sebarang salah laku berhubung dakwaan itu.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.