Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Larangan Octoberfest, polis ‘buta warna’ kata Zaid
Diterbitkan:  Oct 24, 2017 1:49 PM
Dikemaskini: 6:37 AM

Polis "buta warna" apabila berdepan kontroversi berhubung larangan ke atas pesta Oktoberfest dan pesta arak lain, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga menteri dalam negeri, mengesahkan bahawa pihak polis telah menahan tiga individu yang merancang melakukan serangan itu semasa pesta berkenaan.

“Maklumat-maklumat lain sedang kita kumpulkan dan pihak polis telah mengenal pasti individu-individu berkenaan sebab itu Ketua Polis Negara (Tan Sri Mohamad Fuzi Harun) memberikan amaran lebih awal, supaya dibatalkan pesta berkenaan dan (pesta) ini bukan budaya kita.

“Saya harap Yang Berhormat faham polis buta warna, we are really colour blind, dan apa yg dilakukan adalah untuk tindakan kebaikan bersama,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mengenai pembatalan penganjuran Octoberfest.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga berkata syarikat kawalan keselamatan yang didapati mengambil pekerja warga asing tanpa dokumen sah, memiliki dokumen palsu atau mempunyai penglibatan dalam unsur-unsur jenayah akan dibatalkan lesen tanpa ada amaran akhir.

Menurutnya, tindakan tegas itu sebagai mengelak berlakunya penyusupan elemen keganasan ke dalam negara ini.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya bahagian keselamatan yang mengeluarkan permit syarikat-syarikat kawalan keselamatan persendirian sememangnya telah mengetatkan prosedur pengambilan pengawal keselamatan ini.

Pihak polis juga telah melakukan penapisan terhadap setiap pengawal keselamatan yang diambil bagi mengelakkan apa yang berlaku di Sabah untuk tidak berlaku di tempat-tempat lain," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) sama ada KDN mengkaji semula prosedur pengambilan pengawal keselamatan berikutan terdapat kes pengawal keselamatan disyaki anggota kumpulan Abu Sayyaf memohon kerja menggunakan pengenalan diri palsu.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata tujuh lelaki warga Filipina disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Abu Sayyaf (ASG) ditahan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada 14 Sept lepas dengan kesemua suspek berumur antara 22 hingga 38 tahun itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di beberapa syarikat swasta.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan telah mengarahkan kesemua agensi penguat kuasa terutama yang bersempadan dengan negara Filipina untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan.

Beliau berkata ia berikutan tindakan agresif kerajaan Filipina dalam memerangi kumpulan pengganas secara besar-besaran telah meningkatkan risiko untuk anggota kumpulan pengganas menyusup masuk ke negara ini.

"Hasil daripada usaha yang dijalankan termasuk melalui pengumpulan maklumat perisikan dengan negara-negara jiran itu, pihak polis telah berjaya menahan tujuh pengikut Abu Sayyaf yang berselindung sebagai pengawal keselamatan. Kesemua mereka masih dalam siasatan polis dan saya tidak bercadang untuk mendedahkan maklumat lanjut berhubung perkara itu," katanya.

Selain itu, katanya, polis juga telah meningkatkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap pemilik laman-laman web dan akaun media sosial yang terlibat dengan kegiatan penyebaran fahaman kumpulan militan Daesh.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS