Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Guan Eng iringi Zahid lawat kawasan bencana banjir
Diterbitkan:  Nov 6, 2017 1:34 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

Selaras dengan amarannya supaya tidak ada mana-mana pihak mempolitikkan bantuan kerajaan persekutuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri hari ini meninjau kawasan bencana.

Ahmad Zahid mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dekat Butterworth, pagi tadi.

Beliau disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim .

Ahmad Zahid dan Lim yang berlainan fahaman politik itu kemudian saling berpelukan, sejurus timbalan perdana menteri turun dari helikopter.

Mereka seterusnya, bergegas ke beberapa kawasan bencana yang disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah Pulau Pinang.

Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri dan berperanan sebagai pengerusi jawatankuasa kabinet mengenai bencana negara kemudian melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Guar Perahu di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang menempatkan seramai 365 mangsa banjir.

Beliau berkesempatan beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir di situ sambil bertanyakan sama ada kemudahan yang disediakan di pusat pemindahan mencukupi.

Ahmad Zahid kemudian melawat pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Padang Menora di kawasan Parlimen Tasek Gelugor dan Sekolah Kebangsaan Bertam Indah di kawasan Parlimen Kepala Batas.

Hampir keseluruhan Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak pukul 2 petang Khamis yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, banjir di Pulau Pinang meragut tujuh nyawa.

 

Lihat Komen
ADS