Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
KM umum dana RM100 juta bagi ‘Pulau Pinang Bangkit’
Diterbitkan:  Nov 9, 2017 1:44 PM
Dikemaskini: 5:50 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan program “Pulau Pinang Bangkit” bernilai RM100 juta untuk membantu pemulihan dan pembinaan semula kehidupan rakyat pasca bencana ribut kencang dan banjir yang melanda negeri itu beberapa hari lalu.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang komited untuk memastikan semuanya akan kembali kepada normal secepat mungkin.

“Kita mahu Pulau Pinang bangkit semula dengan segera. Kita mahu membina, memulih dan mengembalikan Pulau Pinang kesayangan kita ke tahap sebelum bencana pada 4-5 November 2017.

“Saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberikan wang ehsan sebanyak RM500 secara one-off kepada setiap isi rumah yang ditimpa banjir,” katanya pada pengumuman khas ketua menteri di DUN hari ini.

Menurut Lim, Pulau Pinang dilandai tempias tiga bencana alam sekaligus yang mengakibatkan banjir besar-besaran.

Ini, katanya, termasuk hujan lebat sehingga 372 mm hujan dicatitkan di Stesen Pajak Song di Seberang Perai Utara (SPU), dan lain-lain tempat secara purata di antara 250mm hingga 300mm dalam masa 15 jam sahaja dan telah mencatat rekod paling tinggi dalam sejarah negeri itu.

“Tolong bayangkan bahawa sebulan hujan hanya sekadar 250mm dan kita boleh lihat bahawa Pulau Pinang dilandai hujan di antara sebulan hingga setengah bulan dalam satu malam.

“Dianggarkan hampir 100,000 isi rumah di serata negeri terjejas akibat musibah ini,” katanya.

Lim turut melahirkan rasa kesal kerana tidak ada sebarang amaran awal diberikan kepada kerajaan negeri berhubung bencana sebesar itu sehingga mereka tidak bersiap sedia langsung menghadapinya.

Malah, katanya, Jabatan Kaji Cuaca hanya mengumumkan hujan peringkat merah atau paling lebat pada jam 9.30 malam pada malam 4 November 2017 semasa angin ribut dan hujan sedang berjalan.

“Tidak ada amaran pun ada angin ribut kencang sampai 40 batu sejam,” katanya.

Lim berkata, sekiranya amaran awal yang tepat boleh diberikan, kerajaan negeri mampu membuat persediaan menghadapi gelombang bencana pertama atau kedua yang kami yakin dapat mengurangkan, menyekat dan menghadkan kehilangan dan kerugian yang dialami.

“Tanpa kesiapsiagaan inilah yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian kewangan dilipatgandakan.

“Malangnya ia terlewat untuk tujuh mangsa banjir yang kehilangan nyawa dan kerajaan negeri ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya sambil meminta semua ahli dewan untuk bertafakur selama seminit.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS