Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan nafi jual tanah di Cheras kepada kroni Umno

PARLIMEN | Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Loga Bala Mohan Jaganathan menafikan dakwaan 13 hektar plot tanah dijual kepada “kroni Umno”.

Loga Bala Mohan menjawab soalam daripada Tan Kok Wai (DAP-Chera) berkenaan alasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjual plot tanah di bawah harga pasaran.

Menurut Tan, transaksi itu turut menyebabkan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL dipindahkan dari Batu 2 ½ Jalan Cheras ke Taman Tasik Pudu Ulu.

“Jabatan itu terpaksa (berpindah) kerana tanahitu telah dijual kepada 'xxx', sebuah syarikat krono Umno, dengan keizinan menteri wilayah persekutuan.

“Saya tanya kenapa tanah asal dijual di bawah harga pasaran, dan kenapa kos pembinaan (bangunan baru), yang hampir mencecah RM35 juta, ditanggung DBKL?” soalnya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Tan turut mempersoal sama ada kerajaan akan membayar pampasan kepada syarikat “kroni” sekiranya projek tertangguh.

dap national congress 041216 tan kok wai

“Bangunan baru sepatutnya siap bulan Mei jika mengikut jadual, kenapa ada penangguhan?” soalnya.

Loga Bala Mohan menafikan dakwaan Tan dan berkata DBKL mendapat untung daripada urusan itu kerana menjualnya kepada pembeli atas harga pasaran.

“Fakta-fakta (tentang urusan jual beli tanah) itu tidak betul. Dasar DBKL adalah dengan menjual tanah pada harga 20 peratus di atas pasaran.

“Berkenaan kroni Umno, saya tidak tahu apa-apa tentang itu. Saya tidak tahu dari mana anda dapat (maklumat ini). Tak wujud sebarang senarai (kroni Umno), tiada dengan saya ataupun DBKL,” katanya.

Timbalan menteri itu bagaimanapun mengesahkan bahawa DBKL membayar RM35 juta untuk pembinaan bangunan baru Jabatan Kesihatan.

“Berkenaan penangguhan (pembinaan), kita tak dapat mengenal pasti (buat masa ini), tapi kita dapat kesan pada peringkat pembinaan.

“Bagaimanapun, kita ada cara (menyelesaikan masalah) dengan mendapatkan khidmat perunding. Saya tidak nampak bagaimana perkara ini akan memudaratkan,” katanya.

Ketika dihubungi, Tan berkata berkenaan syarikat yang dimaksudkan, syarikat yang asalnya adalah pengendali perniagaan tekstil di Batu Pahat itu membeli beberapa plot tanah di Kuala Lumpur.

“Saya tidak tahu apa tujuan syarikat itu membeli tanah tersebut, mereka turut membeli plot tanah di Cheras, namun belum ada projek pembangunan.

“Apabila timbalan menteri kata tanah itu dijual 20 peratus atas harga pasaran, itu tidak betul. DBKL menjual tanah itu berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

“Namun JJPH menjalankan penilaian dengan cara 'konservatif'. Apa yang saya cuba katakan adalah, tanah itu boleh dijual pada harga lebih tinggi melalui tender terbuka,” katanya kepada Malaysiakini.

[Berita penuh]

Lihat Komen
ADS