Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiga puluh calon prospektif HARAPAN bakal isytihar aset
Diterbitkan:  Nov 15, 2017 12:31 PM
Dikemaskini: 4:37 AM

Kira-kira 30 orang wakil rakyat dan calon-calon prospektif pilihan raya Pakatan Harapan, termasuk beberapa penyandang, bakal mengisytiharkan aset mereka pada Ahad ini.

Mereka adalah antara individu yang dibantu oleh Invoke Malaysia, kumpulan penggerak dan penyelidikan pengundi yang diasaskan oleh Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli.

“Mereka juga akan menandatangani akujanji untuk setia berkhidmat kepada rakyat, termasuklah membayar RM20 juta setiap seorang kepada sebuah tabung amanah rakyat sekiranya mereka melompat parti setelah menang.

“Sebarkan seluas-luasnya kepada semua rakyat Malaysia. Sertai gelombang perubahan untuk #BinaSemulaNegara - bawa keluarga anda untuk menyertai acara bersejarah ini,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Acara itu akan berlangsung di Summit USJ petang ini sebagai sebahagian daripada acara “biayaramai” atau "crowdfunding" untuk Invoke.

Invoke berharap untuk mengutip RM5 juta lagi daripada orang ramai yang akan digunakan untuk membantu 53 calon pada pilihan raya umum akan datang.

Rafizi berkata jumlah itu akan dibelanjakan untuk sukarelawannya, penyelenggaraan 17 pejabat di seluruh negara, dan gaji untuk 102 kakitangan.

Beliau menganggarkan bahawa RM3.5 juta akan diperlukan untuk perbelanjaan operasi bulanan, sementara baki RM1.5 juta akan dibelanjakan untuk kempen khusus.

Invoke berkempen untuk mengketepikan BN dengan tumpuan ke atas sekitar 50 kerusi parlimen yang dimenangi tipis pada tahun 2013.

“Sekiranya Invoke perlu bertahan sehingga Julai 2018, bermakna Invoke perlu pembiayaan untuk lapan bulan lagi.

“Justeru, Invoke bakal melancarkan kempen pembiayaan daripada orang awam terbesar yang pernah kami usahakan,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS