Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demo harga minyak Selasa depan
Diterbitkan:  Nov 15, 2017 6:55 PM
Dikemaskini: 11:16 AM

Pembangkang mengumumkan perhimpunan membantah harga minyak di parlimen mulai Selasa, 21 November depan.

Ia diumumkan oleh Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), beberapa jam selepas kerajaan menguar-uarkan harga baru untuk minggu mendatang, yang mencacat harga termahal sejak penetapan harga mingguan diperkenal.

“Kerajaan benar-benar tidak mengambil endah teriakan dan rungutan rakyat di bawah,” kata Naib Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin dalam kenyataan sebentar tadi.

“Kenaikan sebanyak 7sen untuk RON95, 6sen untuk RON97 dan 5sen untuk diesel benar-benar mencabar kesabaran rakyat yang telah sedia susah dan perit dengan bebanan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan kenaikan harga barang keperluan.”

Perhimpunan itu akan bermula pada jam 12.01 tengah malam, menurut Shazni yang juga pengarah mobilisasi Pemuda Pakatan Harapan.

“Kita menyeru kepada seluruh rakyat untuk bersama-sama dalam protes ini bagi memastikan harga bahan api turun dan stabil,” katanya.

Petang ini, dalam kenyataan lain, Shazni telah memberi amaran untuk menganjurkan himpunan itu dan berkampung di parlimen sehingga harga minyak turun.

Beliau berharap harga minyak turun sekurang-kurangnya 7sen seliter, tetapi sebaliknya berlaku kenaikan sehingga 7sen.

Mulai jam 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.38 seliter, RON97 dengan harga RM2.66 seliter dan diesel pula RM2.25 seliter.

Ini bermakna harga petrol kini mencatat paras tertinggi baru sejak mekanisme penetapan harga mingguan diperkenal.

Ia juga mencatat paras tertinggi untuk dua minggu berturut-turut.

Diesel pula buat pertama kali mencecah harga termahalnya mulai tengah malam ini.

Menurut kerajaan, sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Lihat Komen
ADS