Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kajian: Ekonomi rakyat gawat di tengah angka pertumbuhan
Diterbitkan:  Nov 24, 2017 9:30 PM
Dikemaskini: 1:51 PM

Satu kaji selidik terhadap 1,203 responden mendapati bahawa rakyat Malaysia mengalami kegawatan di tengah-tengah angka pertumbuhan ekonomi.

"Kajian itu juga menunjukkan bahawa antara satu hingga dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia mengurangkan keperluan seperti makanan, supaya cukup wang," kata Merdeka Centre dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, tinjauan menunjukkan terdapat sedikit penambahbaikan apabila tinjauan yang sama dijalankan pada bulan Januari.

Sebanyak 15 peratus daripada responden berkata mereka mengikat perut untuk memenuhi keperluan, meningkat dua peratus berbanding Januari.

Satu daripada lima responden berkata mereka mengambil hutang baru dalam bentuk pinjaman peribadi atau kad kredit manakala 11 peratus terpaksa melepaskan harta benda mereka.

"Lima belas peratus daripada responden melaporkan mengalami konflik baru dengan keluarga, meningkat dua peratus berbanding Januari 2017," kata tinjauan itu.

Sementara itu, 29 peratus responden mengakui tidak memiliki wang tunai RM500 ketika berlaku kecemasan, turun 33 peratus daripada tinjauan sebelumnya.

Hampir dua pertiga daripada responden "merasa tertekan" apabila memikirkan masa depan, sementara 40 peratus mengatakan mereka mempunyai masalah untuk membayar bil utiliti tepat pada waktunya.

Secara keseluruhan, Merdeka Centre berkata, data menunjukkan bahawa isu ekonomi - kenaikan kos sara hidup, kesukaran ekonomi dan pekerjaan, antara lain - adalah kebimbangan paling tinggi responden iaitu sebanyak 72 peratus.

Kajian berkenaan dijalankan antara 4 dan 14 November. Seramai 1,203 responden telah dipilih secara rawak daripada pebagai peringkat umur, kaum , jantina dan kawasan.

 

Lihat Komen
ADS