Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Kenapa buku teks Sepanyol untuk pelajar Malaysia?'

Anggota parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan menggunakan buku teks import Pulse 2 bagi mata pelajaran bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan 1.

Katanya, buku teks itu tidak sesuai kerana sebenarnya direka untuk pelajar-pelajar Sepanyol.

Latihan dalam buku itu, kata wakil rakyat DAP itu, antaranya meminta pelajar menterjemahkan perkataan Sepanyol ke bahasa Inggeris, dan sebaliknya.

“Macamm ana budak-budak Malaysia nak tahu. Saya pun tak boleh jawab.

“Rujukan sebegini sukar difahami, guna bahasa Sepanyol tidak sesuai dengan murid Malaysia,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Semakan Malaysiakini di muka surat 8 buku itu mendapati, terdapat soalan yang bertanyakan perkataan Sepanyol untuk “poster” dan dan maksud “lapiz” (pensil) dalam bahasa Inggeris.

Zairil turut mempersoalkan mengapa buku teks tempatan tidak lagi digunakan sedangkan katanya naskhah berkenaan lebih mesra kepada pelajar di negara ini.

“Apa salahnya buku teks tempatan, kita ada sentuh mengenai sejarah tempatan seperti Kuala Kula Bird Century dan kita juga ada mengenai kesusasteraan asing.

“Buku tempatan kita mempunyai kandungan tempatan manakala Pulse 2 pula budaya Barat sahaja,” katanya.

Selain itu Zairil mempersoalkan mengapa buku tersebut tidak melalui tender terbuka seperti sebelumnya.

Untuk rekod buku teks sebelum ini akan membabitkan kos kira-kira RM7.1 juta berdasarkan jumlah pendaftaran pelajar semasa.

Kos bagi dua buku baru itu, Zairil berkata dianggarkan berjumlah RM33 juta jika dibekalkan kepada semua murid tahun 1 dan tingkatan 1 di seluruh negara.

Lihat Komen
ADS