Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kajian: Internet lebih murah di M'sia tapi lebih lambat
Diterbitkan:  Dec 5, 2017 8:38 AM
Dikemaskini: 1:04 AM

Rakyat Malaysia, secara purata, ditawarkan pakej internet bulanan yang lebih murah berbanding rakan-rakan Asia Tenggara mereka - tetapi ini tidak termasuk dari segi nilai untuk wang.

Ini menurut kajian oleh kaunter penyelidikan pasaran BDRC Continental dan platform perbandingan perkhidmatan Internet Cable.co.uk, yang menganalisis lebih daripada 3,351 pakej jalur lebar di seluruh dunia antara 18 Ogos dan 12 Oktober tahun ini.

Penyelidikan mendapati purata kos bulanan jalur lebar bagi Malaysia adalah RM184.61 dengan hanya Thailand (RM110.17) dan Singapura (RM160.2) menawarkan harga lebih murah.

 

Ini berbeza dengan negara-negara Asia Tenggara yang menawarkan purata kos bulanan jalur lebar yang lebih mahal, termasuk Kemboja (RM217.49), Filipina (RM219.99), Vietnam (RM256.69), Indonesia (RM312.07), Myanmar (RM312.35), Laos (RM954.24) dan Brunei (RM1,102.69).

Bagaimanapun, apabila purata kos jalur lebar bulanan ditanda aras terhadap kelajuan, didapati banyak negara-negara Asia Tenggara membayar kurang untuk setiap Megabit sesaat (Mbps) yang mereka peroleh, berbanding Malaysia.

 

Malaysia, pada RM12.85 setiap Mbps, menduduki tempat keenam daripada 10 negara Asia Tenggara yang dianalisis dalam penyelidikan itu.

Di hadapan Malaysia ialah Singapura (RM0.23 / Mbps), Thailand (RM1.79 / Mbps), Indonesia (RM6.15 / Mbps), Vietnam (RM10.05 / Mbps) dan Filipina (RM11.72 / Mbps).

Empat negara Asia Tenggara yang menawarkan jalur lebar bulanan lebih mahal dari segi Mbps ialah Brunei (RM16.84 / Mbps), Laos (RM50.89 / Mbps), Kemboja (RM78.26 / Mbps) dan Myanmar (RM108.51 / Mbps).

Penyelidikan ini juga mengukur kelajuan muat turun dan masa yang diperlukan untuk memuat turun filem HD 7.5GB.

Yang terpantas adalah Singapura, dengan masa 18 minit 34 saat, diikuti oleh Thailand pada satu jam 46 saat. Malaysia menduduki tempat ketiga dalam masa dua jam 33 minit dan tiga saat.

Di belakang Malaysia adalah Vietnam dan Indonesia, yang mengambil masa lebih tiga jam untuk memuat turun video, diikuti oleh Brunei dan Filipina yang mengambil masa lebih daripada empat jam, Kemboja lebih daripada lima jam dan Myanmar dan Laos lebih lapan jam.

 

Dalam Bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji untuk menggandakan kelajuan pakej Internet di negara ini tanpa kos tambahan kepada para pelanggan.

Perdana Menteri juga berjanji untuk mengurangkan separuh harga pakej Internet dalam tempoh dua tahun dari Bajet 2017.

Lihat Komen
ADS