Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan Selangor bangkit isu Dr M dan forex
Diterbitkan:  Dec 5, 2017 2:47 PM
Dikemaskini: 6:54 AM

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengimbas kembali bagaimana Dr Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa terlalu mahal untuk mengekalkan institusi diraja di Malaysia.

Baginda kemudian bertitah yang kerugian Bank Negara Malaysia akibat urus niaga mata wang asing (forex) malah "jauh lebih banyak".

Kenyataan tersebut selepas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian forex yang dialami negara pada tahun 1990-an, ketika Mahathir menjadi perdana menteri.

Dalam laporan itu, RCI menyatakan negara kehilangan RM31.5 bilion ekoran kegiatan tukaran mata wang asing yang "melampau" dan "spekulatif" antara 1992 hingga 1994.

RCI itu juga meletakkan tanggungjawab kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang ketika itu sebahagian daripaa pengurusan Bank Negara.

Menurut suruhanjaya, Mahathir dan timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bersubahat dengan Nor Mohamed dan menyembunyikan fakta daripada kabinet.

Dalam temubual eksklusif bersama The Star, Sultan Sharafuddin bertitah Mahathir masih belum memohon maaf berhubung kenyataan "lanun bugis" yang dibuatnya.

Mahathir telah mencetuskan kemarahan Sultan Sharafuddin dan juga Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan kenyataannya yang mengaitkan masyarakat Bugis dengan lanun itu.

Namun beliau kemudian menjelaskan kenyataan tersebut hanya ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berketurunan Bugis, bukan keseluruhan masyarakat itu.

Baginda bertitah, Mahathir "tidak memohon maaf" dan menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai seorang yang tidak akan mengizinkan orang lain lebih baik daripadanya.

"Dia (Mahathir) mempunyai 'kompleks rendah diri' (inferiority complex) dan kebencian mendalam dalam diri," titah baginda.

Baginda bertitah lagi, sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, Mahathir disokong parti yang sentiasa setia di belakangnya.

"Untuk Mahathir yang mahu memusnahkan asas yang telah menyokongnya menjadikannya sebagai seorang yang sangat merbahaya," titah baginda.

Baginda bagaimanapun menafikan Raja-raja Melayu kini membalas dendam terhadap Mahathir yang telah menghadkan kuasa raja, termasuk memansuhkan kekebalan mereka, ketika mentadbir negara dulu.

Lihat Komen
ADS