Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bosan sering gagal, Syed Saddiq tawar kelas bahas percuma
Diterbitkan:  Dec 17, 2017 8:54 PM
Dikemaskini: 1:20 PM

Selepas rancangannya bercakap mengenai disiplin perbahasan dinafikan, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini menawarkan kelas mengenai kemahiran itu percuma.

Dalam satu kenyataan hari ini, Syed Saddiq berkata dia dilarang bercakap mengenai hal berkenaan kira-kira 20 minit sebelum ia bermula.

Program berkenaan sepatutnya diadakan di kampus Universiti Malaysia Sabah di Labuan.

"Tak ada elemen politik, tetapi sekadar ilmu mengenai perbahasan dan perkongsian pengalaman peribadi saya," katanya.

Menurut Syed Saddiq dia sampai ke situ dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri dan kosnya kira-kira satu pertiga daripada gaji tetapi kecewa apabila slot untuknya dibatalkan.

Katanya selepas pembatalan itu penganjur dan kakitangan universiti mengisi slotnya dengan tayangan video mengenainya dan ia dianggap sebagai "bermakna."

Bagaimanapun, kata Syed Saddiq pada masa sama kejadian seumpama itu yang berulang-ulang memang membuat dia bosan.

Minta menteri campur tangan

"Jadi sudah tiba masa untuk membuka penyelesaian.

"Kepada sesiapa yang mahukan kelas percuma mengenai perdebatan, pengucapan awam dan pemikiran kritikal, sila hubungi saya di [email protected].

"Cuma kumpulkan 20 atau lebih orang dan saya akan mengajar di mana saja.

"Semangat menjadi pendidik dan guru sudah ada dalam darah saya, dan di mana ada kemahuan di situ ada jalan," katanya.

Sebelum menyertai politik Syed Saddiq dinobatkan sebagai pendebat terbaik Asia pada 2015 ekoran kejayaannya di Kejohanan Debat Asia pada tahun berkenaan.

Dia juga bekerja sebagai pensyarah separuh masa.

Malaysiakini sudah menghubungi Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan, Murnizam Halik, untuk mendapatkan komen dan masih menanti reaksi beliau.

Syed Saddiq juga menyeru Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh unuk campur tangan dan memastikan kebebasan akademik terpelihara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS