Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam gesa k'jaan tubuh RCI siasat kubur massa di Wang Kelian
Diterbitkan:  Dec 20, 2017 6:01 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Sekumpulan peguam hak asasi manusia menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kubur massa dan cubaan menutup aktiviti penyeludupan manusia di sebuah kem terkenal di Wang Kelian di Perlis.

Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty Eric Paulsen menggesa kerajaan menyiasat secara serius menyiasat perkara ini yang terjadi di negara kita dan membanteras kegiatan penyeludupan manusia.

“Untuk melakukan hal itu, kerajaan perlu menunjukkan hasrat politik untuk bertindak dan memastikan pihak yang terlibat dipertanggungjawabkan, tanpa mengira pangkat, status atau hubungan,” kata Paulsen dalam satu kenyataan hari ini.

“Malaysia tidak seharusnya berada di tangga kedua dalam senarai Laporan Pemerdagangan Manusia yang dikeluarkan pada 2017 oleh Jabatan Negara,” tambahnya.

“Malaysia seharusnya kembali ke tangga ketiga, tahap paling rendah bagi kerajaan yang tidak menepati piawai minimum dalam pembanterasan penyeludupan manusia,” tegas Paulsen.

Cubaan menutup?

Paulsen berkata demikian sebagai respons kepada laporan New Straits Times bertajuk “Was there a cover-up in Wang Kelian?” (Wujud cubaan menutup aktiviti di Wang Kelian?) yang merujuk kepada penemuan kubur massa mangsa penyeludupan manusia di Wang Kelian, Perlis pada 2015.

Laporan itu mendakwa terdapat percubaan mentutup perkara itu dengan merosakkan bukti, tindakan menyunting laporan dan dokumen lain dalam penyiasatan.

Pada 1 Mei 2015, pihak berkuasa Malaysia dikejutkan dengan kem-kem penyeludupan manusia dan kubur massa oleh warga Thailand.

Mereka memeriksa kawasan sempadan Malaysia dan menemui 139 kubur pada 24 Mei, bersama lebih kurang 24 kem seumpamanya, lapor NST.

Paulsen memetik jawapan parlimen pada Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hanya empat warga asing yang didakwa berhubung kes penyeludupan manusia sementara 12 pegawai PDRM yang ditahan sebelumnya tidak didakwa kerana kekurangan bukti.

Pada Jun pula, Zahid berkata kerajaan Malaysia akan memohon arahan ekstradisi bagi memanggil tiga suspek kes penyeludupan manusia untuk dibicarakan kerana mereka merupakan “perancang utama kes dan bukan sekadar orang suruhan” seperti didakwa.

“Siasatan dan rekod pendakwaan yang tidak memuaskan seperti itu berhubung skandal penyeludupan manusia yang memalukan dalam sejarah Malaysia perlu dibandingkan Thailand di mana sekurang-kurangnya 62 orang, termasuk pegawai Thai dan general berpangkat tiga bintang, didakwa dan disabitkan kesalahan penyeludupan manusia,” katanya.

Bagaimana boleh terjadi?

“Badan hak asasi sekian lama percaya bahawa operasi penyeludupan manusia yang begitu serius yang terjadi di bawah jagaan pihak berkuasa tidak mungkin terjadi tanpa penglibatan langsung atau tidak langsung pihak berkuasa tempatan,” tambahnya.

Paulsen berkata laporan NST itu mengesahkan lagi kemungkinan pihak berkuasa tempatan terlibat.

Lebih parah, katanya, siasatan susulan dan pendakwaan terpilih terhadap beberapa warga asing.

“Dengan pendedahan ini, soalan serius perlu ditanya kenapa ada pecubaan bersungguh-sungguh untuk menutup perkara ini dan siapa yang pihak berkuasa cuba lindungi?.

“Laporan itu mengesahkan lagi apa yang badan hak asasi sekian lama cuba katakan, bahawa kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam membanteras penyeludupan manusia dan hanya berpura-pura serta hanya melakukan ala kadar untuk mencapai tahap hak asasi manusia yang lebih baik,” katanya.

Paulsen menjelaskan, meskipun laporan penyeludupan manusia mempunyai kredibiliti, pihak berkuasa Malaysia sekian lama menafikan wujudnya aktiviti seumpama itu.

For example, the government had dismissed worker's rights group Tenaganita’s report “The Revolving Door: Modern Day Slavery” published in 2008, said Paulsen.

Sebagai contoh, kerajaan tidak mempedulikan laporan kumpulan hak pekerja Tenaganita “The Revolving Door: Modern Day Slavery” yang diterbitkan pada 2008, kata Paulsen.

Paulsen turut memetik laporan lain pada April 2009, yang diserahkan kepada Jawatankuasa Hubungan Luar Senat AS oleh Senator AS Richard Lugar bertajuk ““Trafficking and Extortion of Burmese Migrants in Malaysia and Southern Thailand”.

Laporan itu memperincikan pemerasan dan penyeludupan manusia di Malaysia dan Selatan Thailand, termasuk mengecam dakwaan kerjasama antara pihak berkuasa Malaysia dan penyeludup di Selatan Thailand,” kata Paulsen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS