Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hakam gesa k'jaan jelaskan kematian di kem Wang Kelian
Diterbitkan:  Dec 20, 2017 10:55 PM
Dikemaskini: 3:04 PM

Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) menggesa kerajaan menjawab persoalan yang ditimbulkan dalam laporan akhbar New Straits Times berkenaan dakwaan percubaan melindungi aktiviti penyeludupan manusia di kem Wang Kelian di Perlis.

Dalam satu kenyataan hari ini, presiden Hakam Ambiga Sreenevasan dalam satu kenyaataan berkata kerajaan perlu menjelaskan perkara ini.

“Kenapa pada awal penemuan kem ini dirahsiakan? Siapa yang beri arahan untuk bersihkan dan musnahkan lokasi jenayah, dan kenapa?

“Kenapa polis Perlis, yang tahu kewujudan kem di hutan ini, tidak dipertanggungjawabkan kerana mengabaikan mangsa-mangsa ini?” soalnya.

Ambiga menggesa agar kerajaan menyediakan pendedahan sepenuhnya berhubung kem lain di Bukit Genting Perah, status suspek yang ditahan, dan tindakan lanjut berkenaan laporan kematian di kem di Bukit Wang Burma.

Terdahulu, akhbar berbahasa inggeris NST menyiarkan laporan bertajuk “Wujudkah cubaan menutup aktiviti di Wang Kelian?” (“Was there a cover-up in Wang Kelian?”) yang merujuk kubur massa mangsa penyeludupan manusia di Wang Kelian pada 2015.

Laporan itu mendakwa terdapat percubaan mentutup perkara itu dengan merosakkan bukti, tindakan menyunting laporan dan dokumen lain dalam penyiasatan.

Pada 1 Mei 2015, pihak berkuasa Malaysia dikejutkan dengan kem-kem penyeludupan manusia dan kubur massa oleh warga Thailand.

Mereka memeriksa kawasan sempadan Malaysia dan menemui 139 kubur pada 24 Mei, bersama lebih kurang 24 kem seumpamanya, lapor NST.

Hakam turut menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyiasat dakwaan dalam laporan NST itu.

Sementara itu, Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim, dalam kenyataan berasingan, berkata laporan berkenaan mengesahkan lagi “rahsia terbuka” (open secret) penglibatan sindiket dalam aktiviti itu seperti yang didakwa laporan antarabangsa, badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, serta pembangkang sendiri.

Sim berkata, sikap kerajaan yang berdiam diri berkenaan hal itu menyebabkan situasi bertambah parah.

“Setidak-tidaknya sebuah Suruhanjata Siasatan Diraja (RCI) diperlukan ketika ini.

“Bukannnya sebelum ini tiada siasatan. Pada 20 Mac 2017, menteri dalam negeri, ketika menjawab soalan saya di Parlimen berkata, kesemua 12 anggota polis yang ditahan di bawah undang-undang antipemerdagangan manusia yang dikaitkan dengan penemuan kem di Wang Kelian di sempadan Malaysia-Thai dibebaskan kerana kekurangan bukti terhadap mereka.

“Saya tidak mahu melulu menuduh pegawai-pegawai ini, namun jelas bahawa kem seumpamanya dengan hampir 200 kubur ditemukan dan diketahui penduduk setempat berhampiran, tidak boleh wujud tanpa diketahui pihak berkuasa.

“Akhirnya, hanya tiga warga asing dijatuhkan hukuman berhubung kes di Wang Kelian.

“Sekiranya RCI mampu ditubuhkan untuk menyiasar kerugian forex lebih 25 tahun lalu, sudah tentu lebih penting untuk menubuhkan RCI berhubung imigresen, sebuah isu terbaru dan berkaitan keselamatan sempadan negara, yang menyebabkan kematian dan memberi kesan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS