Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Zunar memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi mencabar pengharaman buku kartun beliau berjudul 'Sapuman: Man of Steal' yang berkuat-kuasa pada 3 Oktober tahun lalu.

Zunar nama pena kepada Zulkiflee SM Anwarul Haque menamakan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman itu.

Peguam beliau Eric Paulsen mengesahkan pemfailan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tengahari tadi melalui firma guaman Daim and Gamany.

Zunar memohon untuk mengetepikan pewartaan pengharaman buku beliau yang bertarikh 3 Oktober tahun lalu.

Beliau juga memohon mahkamah agar mengiytiharkan perintah dan warta itu sebagai tidak sah, salah dan tidak memiliki kuasa perundangan kerana ia ultra vires dengan Seksyen 7 Akta Penerbitan dan Mecin Cetak 1984 (PPPA) serta melanggar Perkara 5 (Kebebasan Individu) dan Perkara 8 (hak kesamarataan) dan Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan untuk kebebasan bersuara.

Dua tahun di pasaran

Kartunis yang berhadapan halangan perjalanan ke luar negara itu juga memohon gantirugi am dan khusus berikutan pengharaman itu dan kos dibayar oleh responden.

Dalam afidavit sokongannya, pengkarya berusia 55 tahun itu berkata buku kartun 'Sapuman: Man of Steal' pada 13 September 2015 dilancarkan pada 13 September 2015 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Ia merupakan himpunan karikatur keadaan politik semasa sejak 2015 yang dikumpul daripada facebook beliau dan penerbitan lainnya.

Zunar berkata buku ini telah dijual di pasaran selama dua tahun sebelum perintah pengharaman itu dikuatkuasakan dan berasa terkejut kerana responden tidak menunjukkan sebarang bukti penerbitan bukunya dapat menggugat ketenteraman awam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS