Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim percaya bahawa kerajaan BN yang patut meminta maaf kepada mereka yang menjadi mangsa krisis kehakiman 1988.

"Permohonan maaf perlu datang daripada kerajaan hari ini. Ia tindakan kerajaan, bukan seorang individu," Zaid memberitahu Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan beberapa pihak yang mendesak Mahathir untuk memohon maaf atas krisi yang terjadi semasa beliau menjadi perdana menteri.

Ketika ditanya jika adil untuk Mahathir tidak mengambil tanggungjawab berkaitan hal itu, Zaid berkata beliau tidak peduli sama ada Mahathir bertanggungjawab atau tidak.

"Kerajaan BN yang bertanggungjawab," tegas beliau.

Bergerak ke depan

Zaid juga enggan menyalahkan Mahathir, Yang di-Pertuan Agong pada waktu itu Sultan Iskandar Sultan Ismail atau bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman dan berkata 'kita perlu bergerak ke hadapan'.

Bagaimanapun, Zaid percaya kerajaan BN tidak akan meminta maaf terhadap krisis kehakiman itu.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku timbalan perdana menteri paling lantang membantah cadangan permohonan maaf secara terbuka. Ironinya, Najib sekarang kesayangan badan kehakiman.

"Tetapi permohonan maaf bukan untuk mencari kesilapan atau menyalahkan sesiapa, ia tindakan perdamaian dan rasa kerendahan hati jadi negara ini dapat bergerak ke hadapan," katanya.

Rabu lalu, Mahathir berkata beliau tidak mengarahkan pemecatan bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas yang menjadi punca krisis kehakiman itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS