Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenyataan 'jelik' pada PM: Mahkamah putuskan Zaid tak bersalah

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim daripada dakwaan membuat kenyataan bersifat jelik, berhubung kenyataan di blognya yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah ancaman kepada negara.

Hakim Zaman Mohd Noor berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie kerana gagal memanggil Najib untuk memberi keterangan di mahkamah.

"Ada keperluan untuk memanggil mangsa, (untuk bertanya) sama ada beliau terkesan (dengan kenyataan itu) dan apa perasaannya.

"Pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie dan tertuduh dibebaskan," katanya.

Beliau membuat keputusan itu berdasarkan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 berkenaan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan menyakitkan hati "orang lain".

Walaupun pihak pendakwa berhujah yang Najib tidak perlu memberikan keterangan, pihak pembelaan bertegas yang mahkamah perlu mendapatkan keterangan pihak yang terkesan.

Dalam keputusannya, Zaman berkata istilah "orang lain" dalam akta tersebut merujuk kepada individu atau mangsa secara spesifik.

Zaid dituduh memuatnaik kandungan jelik dalam posting bertajuk "Rally Behind Tun Dr Mahathir Mohamad" di blognya, dengan niak menyakitkan hati orang lain.

Posting itu mengandungi teks ucapan yang disampaikannya dalam acara di Royal Selangor Club, Kuala Lumpur, pada 2 September 2015.

Jika didapati bersalah, Zaid boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000, penjara setahun, atau kedua-duanya sekali.

Lihat Komen
ADS