Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Suu Kyi anggap pengakuan tentera sesuatu yang 'positif'
Diterbitkan:  Jan 13, 2018 11:47 AM
Dikemaskini: 3:53 AM

GLOBAL Pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi berkata pada hari Jumaat bahawa ia sesuatu yang "positif" apabila tentera negara itu mengambil tanggungjawab terhadap tindakan pasukan itu, selepas ia berkata askar terlibat dalam pembunuhan 10 Muslim Rohingya yang ditangkap.

Tentera berkata dalam satu kenyataan pada hari Rabu bahawa askar dan penduduk Buddha telah membunuh 10 "pengganas" Muslim di sebuah kampung di utara negeri Rakhine pada awal bulan September dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ditanya pada sidang akhbar bersama Menteri Luar Jepun Taro Kono mengenai pengakuan salah laku oleh tentera yang dikenali sebagai Tatmadaw, Suu Kyi berkata: "Tatmadaw menyiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil.

"Ini adalah langkah baru untuk negara kami," katanya, menurut transkrip yang diposkan di laman Facebooknya. "Saya melihatnya sebegitu kerana sesebuah negara perlu bertanggungjawab terhadap kedaulatan undang-undang negara, dan ini adalah langkah pertama ke arah mengambil tanggungjawab dan ia adalah sesuatu yang positif."

Suu Kyi jarang bercakap dengan media dan kurang bercakap di khalayak tentang krisis di Rakhine. Tentera, yang tidak berada di bawah kawalan kerajaan awam, melancarkan serangan balas di utara Rakhine utara sebagai tindak balas terhadap serangan militan Rohingya pada 25 Ogos, yang menyebabkan lebih 650,000 penduduk Rohingya lari ke Bangladesh.

Ditanya sama ada pendedahan mengenai pembunuhan di kampung Inn Din, kira-kira 50km di utara ibu kota Sittwe, boleh menimbulkan kebimbangan kepada pelarian yang diminta pulang, Suu Kyi berkata: "Sesetengahnya mungkin takut, tetapi ini bukan sesuatu yang berlaku sekarang.

"Ia adalah siasatan ke atas kes yang berlaku sebelum ini. Jadi melakukan siasatan ini adalah satu pencegahan supaya kes serupa tidak berlaku lagi."

Suu Kyi bercakap selepas satu mesyuarat di ibukota Myanmar, Naypyidaw, di mana Kono meminta beliau memastikan penempatan semula yang selamat dan secara sukarela bagi mereka yang melarikan diri, demikian menurut agensi berita Jepun Kyodo.

Menteri luar Jepun itu berkata, Tokyo, salah satu penyumbang bantuan asing terbesar di Myanmar, merancang untuk memberikan bantuan dana kemanusiaan bernilai AS$20 juta kepada pelarian Rohingya, tertakluk kepada kelulusan parlimen, lapor Kyodo.

"Jepun mahu secara aktif menyokong usaha Myanmar," Kyodo memetik Kono sebagai memberitahu sidang media itu.

Myanmar dan Bangladesh telah membincangkan rancangan untuk menghantar pulang pelarian.

Sebelum sidang media bersama itu, kerajaan Jepun mengumumkan bantuan segera berjumlah kira-kira AS$3 juta kepada Myanmar untuk membantu kepulangan penduduk Rohingya. [Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS