Paling Popular
Terkini
story images
story images

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak khabar angin mengenai pakatan sulit dengan Umno untuk menyelamatkan PAS di Kelantan, dengan mengatakan dakwaan itu tidak berpijak di bumi nyata.

"Saya rasa itu tak bijak kerana kita akan bertanding di semua kerusi. Bagaimana kita nak bertanding lawan Umno tetapi berbincang tentang kerusi. Tak betul. Mestilah berpijak dengan kenyataan.

"Berbincang tentang Palestin, berbincang tentang Rohingya itu bolehlah. Tetapi pilihan raya kita nak lawan. Kita nak lawan semua," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.

Beliau ditanya soalan berkenaan selepas merasmikan jentera pilihan raya PAS Selangor bersempena perhimpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini menolak khabar angin serupa pada Ogos tahun lalu, berikutan laporan oleh New Straits Times Singapura.

Menurut laporan itu, Hadi sentiasa berhubung dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan kemenangan PAS di Kelantan dan kemenangan Umno di Selangor.

"Jika ada perkara seperti itu, saya pasti saya akan dimaklumkan, tetapi saya tidak tahu tentang ini. Terdapat komunikasi (antara kedua-dua pemimpin) tetapi hanya mengenai urusan pentadbiran kerajaan.

"Tetapi untuk mengatakkan satu pakatan politik, saya menafikan bahawa ia berlaku di Kelantan. Tidak ada rancangan untuk bersama,"Mustapa dipetik sebagai berkata oleh New Straits Times.

Lihat Komen
ADS