Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
G25: Mahkamah betul tafsirkan 'ibu bapa' dalam kes Indira
Diterbitkan:  Feb 1, 2018 3:25 AM
Dikemaskini: 3:38 AM

Kumpulan G25 yang terdiri daripada penjawat tinggi awam yang telah bersara memuji keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes M Indira Gandhi berhubung tafsirannya mengenai "ibu bapa" dan dalam menjelaskan had bidang kuasa Mahkamah Syariah.

"Mahkamah Persekutuan sekarang telah mentafsirkan perkataan 'ibu bapa' dengan betul dalam Perkara 12 (4) (Perlembagaan Persekutuan) yang bermaksud kedua-dua bapa dan ibu kepada anak itu adalah ibu bapa yang masih hidup.

"Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman pentingnya telah merebut peluang untuk menjelaskan batas-batas bidang kuasa Mahkamah Syariah," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

G25 berkata, had bidang kuasa Mahkamah Syariah telah salah difahami sesetengah pihak sejak pengenalan Fasal (1A) dalam Perkara 121 pada tahun 1988 apabila hakim mahkamah sivil tertentu 'secara salah' memihak kepada Mahkamah Syariah apabila berurusan dengan kes yang mempunyai elemen Islam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen