Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pusat tahfiz tolak bantuan kerajaan kerana fahaman politik
Diterbitkan:  Feb 1, 2018 12:19 PM
Dikemaskini: 4:21 AM

Sebahagian daripada 100 sekolah tahfiz yang tidak berdaftar enggan menerima bantuan baik pulih kerajaan disebabkan perbezaan fahaman politik, kata menteri kemajuan luar Bandar dan wilayah.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pusat tahfiz itu tetap ingkar meskipun sedar mengenai risikonya pada masa akan datang lapor, Utusan Malaysia.

‘‘Masih banyak pusat tahfiz ini tidak membenarkan kita masuk, mungkin disebabkan aliran politik berbeza.

“Ada sesetengah daripada mereka menggagap kerajaan hendak ambil alih pusat tahfiz tersebut sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

‘‘Jangan sangsi kejujuran kerajaan hendak membantu. Kita pun tidak pernah tanya mana-mana pusat tahfiz itu daripada parti politik mana.... semua pusat tahfiz di negara ini sama ada berdaftar atau tidak, kita bantu.

‘‘Kita sendiri lihat bagaimana perdana menteri tidak pernah melihat semua itu, kerana apa yang penting keselamatan para pelajar perlu diberi keutamaan.

“Perdana menteri tidak mahu lihat tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (di ibu negara) yang mengorbankan seramai 23 nyawa baru-baru ini tidak berulang,’’ beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ismail berkata kerajaan telah membaik pulih 442 daripada keseluruhan 721 pusat tahfiz tidak berdaftar di seluruh negara melalui peruntukan sebanyak RM30 juta tahun lalu.

Berita Harian pula melaporkan sebanyak 155 sedang dalam proses naik taraf.

Kedua-dua laporan itu bagaimanapun tidak menyebut jumlah tepat sekolah tahfiz yang enggan menerima bantuan kerajaan.

Lihat Komen
ADS