Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kit Siang: Jawatankuasa antiberita palsu boleh jadi senjata politik
Diterbitkan:  Feb 1, 2018 2:20 PM
Dikemaskini: Feb 4, 2018 5:37 AM

Putrajaya perlu membubarkan jawatankuasa yang ditubuhkan untuk membasmi berita palsu dan menggantikannya dengan jawatankuasa dwi-parti parlimen, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Menurut Lim, jawatankuasa itu yang diketuai Menteri Undang-Undang Datuk Seri Azalina Othman Said tidak memberi keyakinan kepada orang ramai.

Lim hari ini melalaui satu kenyataan berkata, dengan keanggotaan jawatankuasa itu yang terdiri daripada menteri kabinet, polis, Pejabat Peguam Negara, ahli NGO dan anggota parlimen, kemungkinan besar ia akan dijadikan 'senjata' oleh pihak berkuasa bagi menganiaya seteru politik.

Menurutnya lagi, jawatankuasa itu kelihatan tidak bebas kerana Putrajaya dan BN kini merupakan "pengeluar terbesar berita palsu" dan menambah ia ibarat "pencuri diminta untuk tangkap pencuri".

Lim berkata demikian dengan merujuk "berita palsu" yang menurut beliau dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak seperti tuduhan DAP anti-Melayu dan anti-Islam.

Anggota parlimen Gelang Patah itu juga turut mempersoalkan sama ada jawatankuasa itu akan menyiasat Najib dan pemimpin Umno kerana menyebarkan tuduhan seperti itu.

Tidak kira parti mana yang memerintah Malaysia selepas pilihan raya nanti, katanya, orang Melayu akan kekal mendominasi politik sebab ia realiti politik, pilihan raya dan demografik negara ini.

Jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat pertamanya Selasa lalu namun kandungan sebenarnya masih belum didedahkan.

Azalina berkata tujuan jawatankuasa itu ditubuhkan adalah bagi mencadangkan undang-undang bagi membasmi berita palsu kerana gejala itu boleh mengganggu kestabilan politik dan mengancam keselamatan awam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS