Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Betul bukan saya, tapi lembu dan penternak miskin mangsa sebenar NFC'
Diterbitkan:  Feb 10, 2018 4:57 PM
Dikemaskini: 11:13 AM

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bersetuju dengan kenyataan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa beliau bukan mangsa dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).

"Saya rasa dia (Shahrizat) betul.

"Mungkin bunyinya lawak, tapi mangsa sebenar adalah lembu-lembu itu, saya rasa mereka terseksa untuk tempoh tertentu," katanya dalam satu temu buat bersama Malaysiakini.

Menurut Rafizi, terdapat lembu yang mati ketika proses penghantaran dari Australia ke Gemas, Negeri Sembilan selain hampir kesemuanya kurus kerana tidak diberi makan rumput yang sepatutnya.

"Itu kisah yang mulakan segalanya. Ketua audit melawa kawasan itu untuk mengaudit dan mendapati ia dipenuhi lalang dan pokok akasia yang mana tidak sesuai untuk penternakan lembu.

"Saya simpan bukti sebab mereka (NFC) tidak memberikan jenis rumput yang sepatutnya untuk lembu-lembu berkenaan.

"Lembu-lembu itu diberi makan dedak, biji sawit dan sesetengah lembu mati sebab tercekik," kata Rafizi.

Rafizi menambah, lembu-lembu selebihnya hilang berat badan sebab kurang nutrien.

"Jika anda berkunjung ke Gemas dan tengok sendiri lembu-lembu itu, mereka kekurangan nutrien dan mereka bukan lagi lembu gemuk yang mula-mula diambil dari Australia," katanya.

Selain lembu-lembu itu yang terseksa, Rafizi berkata, mangsa sebenar yang turut merana dari skandal NFC adalah rakyat Malaysia yang membayar cukai, yang terpaksa membayar RM250 juta yang diperuntukkan untuk NFC.

Penternak dan petani miskin mangsa sebenar

Namun, Rafizi menegaskan, mangsa sebenar yang paling terjejas adalah "petani miskin" dan penternak lembu yang sepatutnya boleh mendapat manfaat yang banyak daripada rancangan untuk memastikan bekalan daging lembu yang berterusan.

"(Bagaimana) sekiranya kerajaan mengambil pendekatan yang berbeza terhadap rancangan berkenaan?

"Berbanding memberi RM250 juta kepada Shahrizat agar Shahrizat boleh menternak lebih banyak lembu, bagaimana jika mereka (kerajaan) sebaliknya memberi RM10,000 kepada setiap seorang (penternak lembu).

"Berapa ribu anak lembu yang boleh lahir dan diternak?" soalnya.

Keadaan semakin parah bagi golongan berpendapatan bawah 40 (B40) di Malaysia sejak 2006 ketika NFC mula-mula ditubuhkan, katanya.

"Sesetangah mereka (penternak lembu) akan menjadi golongan kelas pertengahan atau mungkin agak kaya ketika ini, sekiranya RM250 juta itu diberikan kepada mereka pada 2006 dan bukannya kepada NFC.

"Jadi Shahrizat seharusnya pergi luangkan masa dengan mereka ini dan renungkan," katanya.

Shahrizat pada Khamis lalu berkata Rafizi bukan mangsa dalam kontroversi NFC kerana anggota parlimen Pandan itu "menyalahgunakan" Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk mencapai cita-cita politiknya.

Menurut Shahrizat, mangsa sebenar adalah mereka yang terpaksa menanggung akibat manipulasinya.

Rabu lalu, Rafizi dan bekas kerani Public Bank Johari Mohamad masing-masing dijatuhkan hukuman 30 bulan penjara selepas didapati bersalah kerana membocorkan maklumat perbankan daripada akaun NFC.

Hakim membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan.

Rafizi sebelum ini juga bertegas bahawa beliau tidak menyesal mendedahkan skandal NFC.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS