Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

NGO pesara pasukan keselamatan Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) akan menganjurkan bengkel untuk belia dan berikrar akan melakukan kerja yang lebih baik dalam menyemai semangat penyatuan dan cintakan negara (patriotisme) berbanding Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Bengkel Kepimpinan Belia dan Patriotisme itu akan dimudahcarakan oleh bekas pegawai polis dan veteran tentera.

"Kami secara kolektifnya ingin berkongsi pengalaman kami bagi membantu membina negara ini," kata Presiden PATRIOT Tan Sri Mohd Arshad Raji membaca suatu kenyataan dalam sidang akhbar di pejabat NGO itu di SUbang Jaya hari ini.

Anggota PATRIOT, Mejar (B) Ismail Jr Feisol yang turut hadir dalam sidang akhbar itu pula berkata kem Program Latihan Khidmat Negara dikendalikan 'seperti kem percutian' oleh jurulatih yang dipersoalkan semangat cintakan negaranya.

Seorang lagi anggota PATRIOT, bekas komander TUDM Meor Rosli menambah bukan sahaja veteran ini cintakan negara tetapi mereka juga cukup terlatih.

"Bezanya kami ialah pakar sebenar," kata Meor.

Manakala itu, PATRIOT juga menggesa kerajaan untuk campur tangan dalam urusan kebajikan veteran tentera dengan memberikan mereka elaun pengangkutan, diskaun bil keperluan asas dan skim pencen yang lebih inklusif tanpa membezakan pangkat dan tempoh perkhidmatan.

PATRIOT juga menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLS) untuk memperuntukkan peluang pekerjaan kepada bekas tentera dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) perlu membantu veteran tentera dalam mendapatkan kerja dan memulakan perniagaan mereka.


PATRIOT sedang mengatur pertemuan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan membentangkan cadangan mereka.

PATRIOT dianggotai kira-kira 150 bekas pegawai tentera dan polis.

Baru-baru ini, PATRIOT juga membuka keanggotaannya kepada bekas kakiktangan kerajaan dan pesara tentera berpengkat rendah.

Orang ramai juga boleh menjadi ahli melalui keanggotaan Rakan Patriot.

Terdahulu, PATRIOT menandatangani memorandum persefahaman dengan Business Ethics Institute Malaysia (Beim) dan melancarkan laman web rasminya,
http://patriotkebangsaan.org.my/ WEBSITE

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS