Amaran keras untuk Bung Mokhtar dan Mohamed Aziz
Terjemahan Dua penyokong kerajaan diberi amaran keras kerana menyokong usul yang dibawa oleh pembangkang yang mahu tindakan diambil terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz.
Terjemahan Dua penyokong kerajaan diberi amaran keras kerana menyokong usul yang dibawa oleh pembangkang yang mahu tindakan diambil terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz.
Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Mohamed Aziz (BN-Sir Gading) akan menerima surat amaran itu daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga ketua Whip Barisan Nasional (BN).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen petang ini.
Katanya, selepas mendapatkan nasihat Pejabat Peguam Negara, kabinet memutuskan bahawa ia tidak perlu dibincangkan kerana mereka bukan sebahagian daripada anggota pentadbiran.
"Sebagai ahli Parlimen, mereka sebenarnya tidak melakukan sebarang kesalahan (kerana menyokong usul tersebut) di Dewan Rakyat. Kesalahan mereka ialah bersabit tindakan mereka yang bercanggah dengan peraturan disiplin parti," katanya.
Sebagai satu ingatan
Beliau menjelaskan, Najib mempunyai bidangkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka, sebagai ingatan kepada mereka berdua yang masing-masing sudah dua penggal menjadi ahli Parlimen supaya tidak mengulanginya lagi.
Nazri berkata, tindakan mereka berdua difahami kerana mereka membuat kenyataan yang keras semasa debat mengenai kegagalan Rafidah hadir di Dewan Rakyat untu menjawab soalan-soalan mengenai Permit Import (AP).
Bung Moktar dan Mohamed telah memohon maaf kepada Najib kerana menyokong usul yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) untuk merujuk Rafidah dan Ketua Setiausahanya, Datuk Sidek Hassan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.
Menjawab soalan lain, Nazri berkata tiada perbincangan sama ada untuk melantik pemangku menteri untuk menggantikan Rafidah yang akan bercuti sebulan mulai hari ini untuk menjalani pembedahan lututnya.
Kabinet juga, katanya, tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya Rafidah menggulung perbahasan mengenai isu tersebut./ Berita asal

