Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mansuh, bukan semak PPPA, kata kumpulan wartawan
Diterbitkan:  Mar 14, 2018 8:51 PM
Dikemaskini: 1:02 PM

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 perlu dimansuhkan dan bukannya disemak semula bagi meningkatkan piawaian kebebasan akhbar di Malaysia, kata beberapa kumpulan media tempatan.

Dalam kenyataan berasingan, mereka menyambut baik janji Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meminda PPPA, namun berpendapat adalah lebih baik akta tersebut dimansuhkan.

Ketika berucap pada majlis makan tengah hari bersama ketua-ketua pengarang semalam, Zahid berkata kerajaan akan menyemak semula akta berkenaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Ia mungkin sesuai pada masa dulu tapi hari ini ia perlu dimodifikasikan tanpa mengkrompomikan etika kewartawanan," kata Zahid.

Beliau juga berkata akan bertemu pihak media untuk membincangkan kemungkinan penubuhan sebuah ombudsman media atau majlis media.

Kelompok wartawan secara kolektif menyambut baik cadangan Zahid menubuhkan majlis berkenaan atau mewujudkan mekanisme yang seumpama dengannya.

Kesatuan Wartawan Kebangsan (NUJ) berkata kerajaan pada pilihan raya umum lalu berjanji melihat dengan serius pelbagai undang-undang drakonian yang menghalang kebebasan akhbar dan mengancam wartawan.

Menurutnya kerajaan juga berjanji melakukan perubahan dan menyokong liputan berita yang telus untuk memenuhi hak orang ramai mendapatkan maklumat.

"NUJ menyeru kerajaan mengkaji semula isu-isu yang membabitkan kebebasan akhbar di Malaysia.

"Kebebasan akhbar Malaysia tidak berubah sejak 60 tahun yang lalu dan telah menyaksikan penurunan kepada sistem satu parti di Malaysia," kata pengerusi NUJ, Chin Sung Chew dalam satu kenyataan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS