Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Setakat surat marahkan The Economist tak memadai, kata pakar perlembagaan
Diterbitkan:  Mar 17, 2018 8:46 AM
Dikemaskini: 2:04 AM

Reaksi lembut Putrajaya terhadap artikel pedas The Economist mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberi tanggapan yang Malaysia tidak mempunyai kes yang kuat untuk mempertahankan dirinya, kata pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari.

Reaksi yang betul, katanya, adalah seperti menyaman penerbitan itu atas dakwaan fitnah dan bukannya mengarahkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi untuk menulis surat kepada editor The Economist.

Menurut Abdul Aziz, kerajaan biasanya akan melakukan perkara yang betul seperti menyaman akhbar di mahkamah dan bukan setakat menyuarakan kemarahan melalui surat ke kolum editor.

"Itu seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak mempunyai kes yang kuat," katanya kepada Malaysiakini.

Minggu lalu, majalah antarabangsa yang berpangkalan di London itu telah menerbitkan artikel bertajuk "Stop, thief! Malaysia's PM is about to steal an election".

Dalam laporan itu, The Economist mendakwa Najib akan "menafikan pilihan pengundi" antaranya melalui gerimander dan pembahagian sempadan pilihan raya.

Laporan itu mendakwa ini kerana Najib bimbang pengundi tidak akan memilih BN ekoran isu 1MDB.

Najib sebelum ini menafikan sebarang salah laku berkaitan 1MDB. Peguam Negara Tan Sri Apandi Alai juga telah membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.

Dalam suranya itu, Ahmad Rasidi juga menyelar The Economist yang mencadangkan seolah-olah proses persempadanan semula di negara ini adalah cubaan untuk menipu sistem pilihan raya.

“Untuk mencadangkan bahawa persempadanan semula pilihan raya yang dibuat bagi menampung pertambahan penduduk adalah seolah-olah cubaan untuk "menipu sistem" mendedahkan sikap dwi-standard negara-negara Barat dan seluruh dunia,” kata Ahmad Rasidi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah juga berkata proses pilihan raya Malaysia adalah telus dan adil.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS