Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Mengapa mahu terowong bawah laut Bagan Datuk-Sumatera?’

ULASAN l Cadangan membina projek terowong bawah laut bagi menyambungkan Bagan Datuk, Perak, ke Sumatera mungkin menarik dari perspektif politik. Walau bagaimanapun, untuk melaksanakan projek berkenaan adalah tugas yang sukar.

Selain itu, tidak jelas bagaimana penduduk di Bagan Datuk akan mendapat manfaat daripada projek yang dicadangkan itu.

Beberapa hari lalu, ketika berucap kepada orang ramai di kawasan Parlimen Bagan Datuk, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyebut bahawa kemungkinan akan dibina terowong bawah laut yang menghubungkan Bagan Datuk ke Sumatera, Indonesia dalam waktu dekat.

Beliau berkata bahawa terowong itu akan meningkatkan hubungan di Selat Melaka.

Kerajaan dilaporkan menerima konsep terowong bawah laut yang bernilai RM78 bilion dengan pihak swasta yang berminat dalam projek itu diminta mengemukakan cadangan mereka kepada kerajaan negeri Perak sebelum kerajaan persekutuan memulakan rundingan dua hala dengan Indonesia.

Di sebalik kenyakinan Zahid yakin bahawa projek bawah laut ini boleh menjadi kenyataan, beliau walau bagaimanpun terlupa sepenuhnya atau sengaja mengelakkan dirinya daripada menyebut mengapa projek terowong bawah laut Pulau Pinang tidak dapat dilaksanakan.

Projek terowong bawah laut Pulau Pinang akan menyaksikan kerajaan negeri Pulau Pinang membayar sekitar RM6.3 bilion manakala terowong yang menyambungkan Bagan Datuk ke Sumatera akan menelan belanja RM78 bilion - iaitu lebih 10 kali ganda.

Apa yang pelik adalah hakikat bahawa sementara kerajaan persekutuan menentang sepenuhnya projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang dianugerahkan melalui tender terbuka kepada Zenith Consortium pada tahun 2013, saya tertanya-tanya bagaimana Zahid boleh mewajarkan terowong bawah laut menghubungkan Bagan Datuk ke Sumatera yang akan melibatkan kos lebih tinggi.

[Baca berita penuh]


P RAMASAMY adalah timbalan ketua menteri Pulau Pinang dan ADUN Perai.

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS