Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Majoriti Gen Y di Eropah tidak beragama
Diterbitkan:  Mar 22, 2018 6:47 PM
Dikemaskini: 11:16 AM

GLOBAL I Satu kajian dijalankan terhadap golongan muda dan dewasa di 12 negara Eropah mendapati majoriti mereka mengaku tidak menganut mana-mana agama.

Kajian itu dijalankan terhadap mereka yang berusia antara 16 hingga 29 tahun dengan golongan muda yang tidak beragama paling tinggi di Republik Czech iaitu sekitar 91 peratus.

Kecederungan untuk tidak menganut mana-mana agama juga tinggi di Estonia, Sweden dan Belanda iaitu sekitar 70 peratus hingga 80 peratus.

Sementara golongan muda yang paling ramai mengaku beragama pula adalah dari Poland, diikuti Lithuania dan Austria.

"Kristian sebagai norma (di Eropah) sudah hilang dan mungkin hilang selamanya setidak-tidaknya dalam 100 tahun akan datang," kata Stephen Bullivant kepada akhbar The Guardian.

Bullivant merupakan pengetua teologi dan sosilogi di Universiti St Mary di London yang menulis hasil kajian dilakukan pada 2014 hingga 2016 di 12 negara Eropah tersebut.

"Dengan pengecualian di beberapa negara, kecenderungan anak-anak muda (di Eropah) adalah mereka tak mempunyai kaitan dengan agama atau mengaku tak beragama," jelas Bullivant.

Dalam wawancara dengan BBC, Bullivant mengatakan secara budaya, kaitan agama biasanya muncul jika seseorang dibesarkan dengan pengaruh agama yang kuat.

Bagi generasi milenium, kata Bullivant, pengaruh agama lemah atau  tiada sama sekali.

Katanya meskipun agama Kristian ada diajarkan di sekolah, tapi ajaran tersebut 'tidak membekas' kepada generasi ini.

Di Republik Czech, kira-kira 70 peratus golongan muda mengatakan tidak pernah ke gereja atau tempat ibadah lain dan 80 peratus lagi mengaku tidak pernah beribadah.

Di United Kingdom, Perancis, Belgium, Sepanyol dan Belanda pula antara 56 peratus hingga 60 peratus mengatakan tidak pernah ke gereja. Manakala 63 peratus hingga 66 peratus lagi tidak pernah beribadah.

Lihat Komen
ADS