Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Persoalan See-To dalam isu tanah Ijok dari tanggapan palsu'

Pejabat Menteri Besar Selangor menyelar Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Eric See-To berhubung isu tanah Ijok dengan menyifatkan ia sebagai tuduhan palsu.

"Keseluruhan kes yang dibangkitkan See-To berdasarkan tanggapan palsu, kalau pun bukan berniat jahat. Saya pasti See-To susah faham perjara ini," kata Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong kepada Malaysiakini.

Yin berkata demikian sebagai mengulas See-To yang hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan Selangor memulangkan tanah Ijok sedangkan tiada pihak yang menuduh kerajaan negeri itu menjualnya. See-To berkata, persoalan sebenar adalah kenapa tanah itu dipulangkan kepada pemaju.

Merujuk kenyataannya yang dibuat Rabu lalu, Yin menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak menyerahkan pemilikan mana-mana tanah di kawasan Ijok yang dimenangi melalui mahkamah.

"Jika See-To tidak faham masalah ini, ia bererti tak ada tanah 'dipulangkan' oleh kerajaan negeri.

"Menggunakan analogi pusat beli belah yang saya berikan sebelum ini, Pavilion (di Alam Perdana) diperoleh kerajaan negeri dan tidak pernah dipulangkan kepada sesiapa kerana ia masih milik kerajaan negeri," tambah Yin.

Yin (gambar) sebelum ini menjelaskan tanah di Ijok dibahagi kepada dua bahagian, Alam Perdana yang diperoleh semula kerajaan Selangor pada 2010 dan Alam Mutiara serta Alam Utama yang kekal sebagai tanah peribadi.

Menurutnya, tanah peribadi ini merupakan tanah dari perjanjian bernilai RM1.18 bilion itu, dan bukannya Alam Perdana.

"Bukan semua tanah di Ijok berada di lokasi yang sama. Ibarat jika saya memiliki (pusat beli belah) Pavilion, namun orang mula marah saya apabila KL PLaza dan (pusat beli-belah)
Sungei Wang dijual," kata Yin.

See-To bagaimanapun mempersoalkan logik Yin berhubung perkara itu.

"Biar saya petik semula penjelasan Yin bagi menjelaskan situasi sebenar. Ibarat jika anda memiliki (pusat beli belah) Pavilion daripada dua kroni yang berhutang kepada kerajaan negeri dan orang mula marah bila anda pulangkan semula Pavilion kepada dua kroni itu meskipun anda telah dua kali memenanginya melalui proses segi undang-undang.

"Jadi, orang juga marah kenapa syarat pemulangan anda adalah dua kroni berkenaan hanya boleh menjual tanah itu kepada pembeli tertentu yang satu itu dan syarat bahawa sebahagian besar wang jualan perlu dibayar kepada pihak ketiga, yang kebanyakannya kini disiasat SPRM," katanya.

Menurut See-To (gambar), persoalan sebenar skandal itu adalah tindakan kerajaan negeri memulangkan tanah Ijok kepada "dua syarikat kroni" sebelum kes itu dibicarakan di Mahkamah Persekutuan, meskipun kerajaan Selangor memenangi dua kes pertama ke atas pemilikan tanah berkenaan.

"Jawapan pejabat menteri besar yang berkata mereka tidak jual mana-mana tanah di Ijok menjadikan kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) dan beberapa kenyataan pejabat menteri besar sebelum ini yang mempertahankan pemulangan tanah Ijok kelihatan seperti jenaka," katanya.

See-To sebelum ini mendakwa pihak ketiga menerima RM262.7 juta daripada urusan jual beli bernilai RM1.18 bilion untuk tanah Ijok di Selangor, yang mana jumlah itu hampir sama dengan jumlah yang diterima penduduk (RM300 juta).

Yin bagaimanapun menegaskan kerajaan negeri tidak menyerahkan mana-mana tanah di kawasan Ijok.

Mengulas perkara itu hari ini, Yin percaya "BN tidak ada kes di Ijok".

"Mereka cuma terdesak menyamakan imej buruk kerajaan Pakatan di Selangor seperti imej buruk mereka.

"Sangat memalukan bagi Umno apabila penduduk yang mereka abaikan hampir 20 tahun diselesaikan dalam tempoh dua tahun di bawah kerajaan negeri Pakatan di Selangor.

"Mereka jelas risau jika HARAPAN menang Putrajaya penduduk Felda boleh menjangkakan penyelesaian seumpamanya terhadap masalah yang mereka hadapi di bawah BN," kata Yin.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS