Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Gagal bawa Equanimity ke AS, DOJ mohon hak jaga kapal
Diterbitkan:  Mar 27, 2018 7:06 PM
Dikemaskini: 11:17 AM

Kecewa dengan usaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kapal persiar The Equanimity bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) terlepas dari bidang kuasa Amerika Syarikat (AS), Jabatan Keadilan (DOJ) negara itu memohon hak penjagaan (kustodian) terhadap kapal itu.

Menurut pemfailan DOJ semalam, yang dilihat oleh Malaysiakini, pemilik kapal layar itu "menyembunyikan Equanimity di beberapa siri lokasi asing bagi menghampakan usaha kerajaan untuk membawa aset itu ke Amerika Syarikat".

Walaupun kapal layar itu dirampas di Bali, DOJ berkata pemiliknya memfailkan tuntutan mahkamah di Indonesia untuk mencabar rampasan berkenaan.

"Oleh itu, kerajaan dengan hormat memohon kepada mahkamah untuk melantik kerajaan sebagai kustodian Equanimity dan mengarahkan penuntutnya supaya menyerahkan Equanimity dimasukkan dalam jagaan kerajaan, supaya Equanimity boleh dibawa ke AS dan dilucuthakan," katanya.

DOJ, dalam pemfailan itu, menyatakan bahawa ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho membeli Equanimity dengan dana yang dicuri dan diseleweng dari 1MDB dan Low adalah dalang yang mencuri berbilion dolar dari 1MDB.

Low sedang mencabar pelucuthakan itu melalui Equanimity (Cayman) Ltd, Equanimity Crew (Cayman) Ltd, Equanimity Lifestyle (Cayman) Ltd dan Equanimity Operations and Maintenance (Cayman) Ltd yang disebut sebagai penuntut dalam pemfailan itu.

DOJ berkata penuntut itu berusaha secara "luar biasa" untuk memastikan Equanimity tidak berada di didang kuasa kerajaan Amerika Syarikat.

Ini termasuk mematikan sistem penjejakan AIS untuk menjadikannya lebih sukar untuk dikesan dan mengelakkan negara-negara seperti Australia dan Singapura yang dianggap mesra dengan Washington DC.

Jho Low melalui jurucakap pada 28 Februari lalu dilaporkan kesal dengan rampasan asetnya kerana dibuat "tanpa sebarang pembuktian".

Katanya, rampasan itu berdasarkan tuduhan salah serta bermotifkan politik.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS