Paling Popular
Terkini

KATA MP | Ada seorang pemimpin kanan parti suci dilaporkan oleh media berkata bila tuan badan sudah menafikan dalam isu audio yang viral mengenai tuan badan, itu sudah cukup.

Kata pemimpin kanan itu penafian tuan badan sudah memadai dan parti suci pun kata ia sudah mencukupi.

Pemimpin kanan itu juga diaporkan berkata yang bawa tuduhan itu kena buktikan, betul ke tak betul (audio itu).

Mak datuk senangnya. Nafi saja, isu selesai. Maknanya tak kisahlah nak kaitkan audio atau video yang merosakkan imej seseorang, menafi saja selesai dan tutup fail. Itu ke cara orang yang ada maruah selesai masalah?

Jika begitu, katakan jika ada lagi audio yang damaging ke atas tuan badan, cukup sekadar menafikan saja lah ya. Selesai segala masalah.

Saya setuju orang yang tuduh kena buktikan dan orang yang dituduh pula kena nafi. Itu prinsip asas kes jenayah. Tapi, dalam kes jenayah, negara yang kena dakwa bukan individu. Nak dakwa kena siasat. Nak siasat pula, tuan badan kena buat laporan polis dulu.

Mudahnya, yang diimpilcated ada dua pilihan. Jika dia rasa audio itu palsu dan memfitnah dia, maka dia kena buat laporan polis dan polis akan siasat. Polis akan rujuk pakar audio dan ambil keterangan dari pihak yang kemukakan audio itu dan orang yang suaranya ada dalan audio.

Jika siasatan polis dapati audio itu palsu dan fitnah, maka polis atau IO (pegawai penyiasat) akan buka IP (investigation papers). Selepas selesai siasatan, IO akan serah IP kepada DPP dengan merekomendasi tuduhan jenayah dibuat ke atas orang yang miliki rakaman audio itu.

Jadi , the entire process hakikatnya bermula daripada pihak tuan badan dulu.

Nama saksi disebut

Pilihan kedua pula tuan badan saman pemilik audio itu kes fitnah sivil. Ia juga bermula dengan tuan badan. Dia kena pakai peguam untuk hantar notice of demand kepada pemilik audio itu.

Selepas itu jika tiada tindakan dari pemilik audio, dia akan suruh peguam dia saman fitnah. Assuming kes dibicarakan, tuan badan adalah pihak yang menuntut atau plaintif. Dia kena mulakan kes dengan bagi keterangan dulu. Dia kena buktikan audio itu memfitnah dia .

Peguam dia wajb kena mainkan audio itu di depan hakim dan kata audio itu tak betul dan memfitnah anakguam dia. Tuan badan pula akan disoal balas. Lepas itu baru giliran pemilik audio iaitu defendan untuk beri keterangan.

Defendan akan panggil antaranya saksi untuk buktikan audio itu betul dan dia akan panggil juga saksi antaranya yang beri dia rakaman audio itu untuk mahkamah tahu macam mana audio itu dirakam dan kenapa ia dirakam.

Dia juga mungkin sapina presiden parti suci sebagai saksi sebab nama saksi itu juga disebut dalam audio itu.

Nampaknya dalam kedua-dua kes di atas (jenayah atau sivil), pihak tuan badan yang kena bertindak dulu bukan sebaliknya. Orang putih kata "he has to start the ball rolling".

Bila parti suci kata cukup sekadar nafi, tak nasihat tuan badan buat laporan polis atau saman, logiknya atau persepsinya, parti itu juga dianggap takut, bersubahat atau orang putih kata accomplice. Lagipun audio itu kan ada juga sebut pemimpin parti suci terima duit dari parti sarkas.

Allah lebih tahu.


Hanipa Maidin merupakan anggota parlimen Sepang.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini

Lihat Komen
ADS