Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan program intervensi awal dan pendidikan kanak-kanak autisme seperti program Permata Kurnia bukan agenda kosong kerajaan.

Sebaliknya Rosmah berkata, sekiranya program tersebut tidak memenuhi matlamat, sudah pasti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta program itu dihentikan.

“Mana ada agenda kosong, kalau agenda kosong lama Datuk Seri Najib suruh berhenti, buang duit sahaja,” katanya.

Rosmah berkata demikian ketika sidang media selepas membuat lawatan di Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis Kuala Lumpur, sempena hari Kesedaran Austime Sedunia.

Katanya sejak ditubuhkan pada Disember 2015, pelbagai kejayaan telah dicapai dan program itu juga berjaya membuka mata masyarakat untuk lebih perihatin kepada golongan istimewa itu.

“Jadi pada saya dan pada beliau (Najib) juga masyarakat telah buka mata, bahawa program kita ini merupakan satu program yang berjaya dan ramai kata kepada saya ini program amat baik.

“Walaupun program ini baru, masyarakat semakin menerima dan memahami ciri-ciri kanak-kanak autisme ini.

"Sebenarnya mereka ini pandai tapi ada sikit kelemahan dan kita betulkan di Permata Kurnia,” katanya sambil memaklumkan program dilakukan secara berperingkat mengikut perkembangan semasa.

Kata Rosmah, sehingga kini seramai 334 kanak-kanak autisme telah menjalani program Permata Kunia dan 123 daripadanya berjaya memasuki sekolah aliran perdana bagi tahun 2017 dan 2018.

Rosmah yang juga penaung PERMATA berkata pihaknya juga mendapat khidmat dari pakar luar negara dalam menyusun program kepada kanak-berkenaan.

“Kita belajar daripada negara maju. Kita telah buat kerjasama dan berbincang dengan Autism Speaks dari New York dan mereka telah memberi khidmat nasihat," katanya.

Beliau menambah, selain sebuah pusat yang beroperasi di Sentul, pihaknya juga berhasrat membuka pusat Permata Kurnia di Melaka dan Kedah yang akan dibuat secara berperingkat memandangkan kos yang tinggi.

Sementara itu, Mohd Norami Mat Karim 39, ketika ditemui memaklumkan sejak anaknya menyertai program di Pertama Kurnia banyak perubahan yang berlaku dan keadaannya sama seperti anak-anak normal yang lain.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS