Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: HARAPAN mansuh RUU antiberita palsu jika menang Putrajaya

Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memansuhkan RUU Anti Berita Tidak Benar 2018 bersama-sama dengan undang-undang menindas lainnya yang telah dijanjikan untuk dipinda apabila menjadi kerajaan kelak.

Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata RUU itu masih menunggu kelulusan senat dan laporan sempadan baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diwartakan minggu lalu patut dibahaskan dengan serius di Parlimen.

"Tapi dalam jangka masa dua jam dah lulus. Jadi parlimen sekarang ini sudah jadi satu sandiwara - just a play acting. Tak ada seriousness, tak bagi orang bahas pun.

"So they passed this law satu berkenaan sempadan pilihanraya, yang satu lagi berkenaan dengan fake news.

"Kita punya pendirian ialah apabila kita tubuh kerajaan, kita akan mansuhkan ataupun batalkan undang-undang ini bersama dengan yang undang-undang yang lain yang berupa oppressive kepada rakyat,” beliau memberitahu pemberita di Pejabat Ketua Pembangkang selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN di bangunan Parlimen hari ini.

Persempadanan baru SPR diluluskan Dewan Rakyat dengan 129 undi menyokong dan 80 undi menolak pada 28 Mac lalu di sebalik bantahan dan para pengkritik mendakwa ia akan memburukkan lagi gerimander dan persempadanan tidak adil.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya membenarkan enam wakil MP BN dan lima wakil MP pembangkang untuk terlibat dalam perbahasan dan seorang wakil yang diberikan masa hanya 10 minit.

Laporan SPR itu diwartakan sehari selepas Dewan Rakyat meluluskannya.

Manakala itu, Mahathir berkata antara undang-undang menindas yang akan dimansuhkan HARAPAN jika berkuasa kelak termasuklah Akta Hasutan 1948, AUKU 1971, Akta Majlis Keselmatan Nasional 2016, Akta Penerbitan dan Media Cetak 1984 dan sebarang peruntukan hukuman mati mandatori.

HARAPAN juga akan memansuhkan beberapa peruntukan 'menindas' dalam Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multi Media, Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015.

 

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS