Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM ingatkan M'sia tak ikut undi popular
Diterbitkan:  Apr 6, 2018 1:52 PM
Dikemaskini: 5:57 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan sistem pilihan raya Malaysia menggunakan sistem pemenang undi terbanyak (first past the post), bukan berdasarkan undi popular.

“...(Ini) yang sewajibnya difahami oleh semua pihak, khususnya, melibatkan parti-parti yang akan bertanding dalam pilihanraya di negara ini,” katanya.

Najib berkata demikian dalam pengumuman khas berkaitan pembubaran parlimen di Pejabat Perdana Menteri tengah hari tadi.


Baca: Najib umum Parlimen bubar esok


Dalam pilihan raya umum lima tahun lalu, BN buat pertama kali gagal memenangi undi popular walaupun sekali lagi berjaya membentuk kerajaan.

BN mendapat 47 peratus undi popular sedangkan Pakatan Rakyat mendapat 51 peratus sokongan. Peratusan kecil pula diperoleh parti-parti lain, termasuk undi rosak dan bebas.

Pembangkang justeru mengkritik kerajaan sedia ada sebagai kerajaan minoriti manakala Najib pula “perdana menteri 47 peratus”.

Sementara itu, Najib juga berkata pembubaran parlimen yang diumumkannya itu menzahirkan komitmen kerajaan BN terhadap proses demokrasi berparlimen dengan membolehkan pilihan raya umum dijalankan.

“Sehingga saat ini, kerajaan telah memenuhi mandat dan mematuhi proses demokrasi berparlimen,” katanya.

“Kerajaan ini juga menjunjung tinggi keluhuran dan kesucian proses penggubalan serta pelaksanaan undang-undang melalui institusi parlimen yang kita hormati lagi muliakan.”

Lihat Komen
ADS