Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Duterte buka pintu buat pelarian Rohingya
Diterbitkan:  Apr 6, 2018 9:32 PM
Dikemaskini: 1:37 PM

GLOBAL | Presiden Rodrigo Duterte berkata Filipina sanggupan untuk menerima pelarian Rohingya untuk tinggal di negara itu.

Menurut laporan CNN Filipina hari ini, Duterte menyifatkan krisis yang dihadapi etnik Rohingya di Myanmar sebagai "pembunuhan beramai-ramai".

"Saya sanggup menerima pelarian. Ya, Rohingya... Saya benar-benar simpati dengan mereka di sana (Myanmar)," katanya semalam, seperti dipetik media berkenaan.

Kenyataan terbaru itu bertentangan dengan pendiriannya pada Januari lalu apabila dia membela pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi yang dikritik hebat ekoran krisis di Rakhine.

Dalam satu acara di New Delhi, India yang turut dihadiri Suu Kyi, Duterte menggesa penerima Anugerah Keamanan Nobel itu agar tidak mempedulikan kritikan aktivis hak asasi manusia yang dianggapnya sebagai hanya pembuat bising.

Namun dalam ucapan semalam, beliau tetap menyifatkan Suu Kyi sebagai seorang kawan.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyifatkan krisis melibatkan penduduk beragama Islam itu sebagai "krisis pelarian yang paling cepat memburuk di dunia".

Menurut laporan itu, setakat Ogos tahun lalu lebih daripada 680,000 etnik Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh ekoran pembunuhan beramai-ramai oleh tentera.

Tentera negara itu bagaimanapun menafikan dakwaan itu, sebaliknya berkata mereka hanya memerangi kumpulan pengganas di sana.

Lihat Komen
ADS