Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
9 Mei cuti sekolah khas
Diterbitkan:  Apr 10, 2018 1:43 PM
Dikemaskini: 9:23 AM

Sekolah-sekolah di seluruh negara akan ditutup pada 9 Mei bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ini berikutan tarikh pengundian berlangsung pada hari persekolahan, iaitu Rabu.

Menteri pendidikan sementara Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan perkara itu di Twitternya  hari ini dengan memberitahu, semua sekolah akan mendapat cuti peristiwa khas sempena hari mengundi.

"Betul. Cuti peristiwa khas," tulis Mahdzir.

Sebanyak 6,941 daripada 10,180 sekolah harian, Kementerian Pendidikan di seluruh negara menjadi pusat pengundian dalam PRU-14.

"Walaupun hanya 6,941 sekolah menjadi pusat pengundian dalam PRU-14, namun kita berikan cuti peristiwa khas kepada semua sekolah harian di bawah Kementerian Pendidikan," katanya.

Pengundian awal akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon pula diadakan pada 28 April.

Lihat Komen
ADS