Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Tujuh negara akan menghantar wakil bagi memerhati perjalanan pilihan raya di Malaysia.

Bagaimanapun, hanya sebuah negara - Timor Leste – berada di kedudukan lebih tinggi berbanding Malaysia dalam ranking demokrasi dunia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tujuh negara telah mengesahkan penyertaan, iaitu Indonesia, Thailand, Maldives, Timor Leste, Kemboja, Kyrgyzstan dan Azerbaijan.

Kecuali Timor-Leste, Indeks Demokrasi The Economist 2017 dan laporan Kebebasan Dunia Freedom House 2018 menunjukkan kedudukan Malaysia jauh lebih baik berbanding enam lagi negara.

The Economist menganggap Kemboja dan Azerbaijan sebagai rejim kuku besi manakala Freedom House merujuk Kyrgyzstan dan Azerbaijan sebagai “rejim kuku besi yang disatukan”.

Menurut SPR, pemerhati asing melibatkan badan pengurusan pilihan raya (EMB) – badan seperti SPR di negara masing-masing.

Sebelum ini SPRM mengumumkan pemantauan pilihan raya hanya akan dijalankan secara salingan – dengan mengundang negara-negara yang telah mengundang Malaysia sebelum ini.

Keseluruhan undangan dihantar ke 14 negara.

Myanmar, Australia and Kazakhstan menolak undangan itu manakala Bosnia Herzegovina, Uzbekistan, India, Pakistan dan New Zealand masih belum memberi maklum balas.

Daripada 14 negara itu, Freedom House dan The Economist menganggap hanya Timor-Leste, India, Australia dan New Zealand sebagai demokrasi bebas.

Lihat Komen
ADS