Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Majikan S'pura beri cuti untuk pekerja M'sia balik mengundi

Manakala majikan di Malaysia diwajibkan memberi masa kepada pekerja mereka keluar mengundi, namun undang-undang itu tidak terikat kepada syarikat Singapura yang mempunyai pekerja dari kalangan rakyat Malaysia.

Namun, peniaga Ngo Hea Ong, yang menjalankan perniagaan barang kemas di Singapura, berharap dapat membantu rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka balik mengundi.

Sejurus selapas selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian jatuh pada 9 Mei - hari Rabu - Ngo memberikan cuti khas pada 8 dan 9 Mei kepada kakitangannya dari kalangan rakyat Malaysia.

"Kami beri cuti dan elaun penuh perjalanan kepada kakitangan kami sejak pilihan raya umum yang lalu.

"Kami percaya ini akan membolehkan mereka pulang tanpa bimbang untuk memenuhi kewajipan kepada negara mereka," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi Malaysiakini.

Ngo, seorang rakyat Malaysia sendiri, juga akan pulang untuk mengundi untuk kali keempat.

Undang-undang pilihan raya sedia ada tidak membenarkan warganegara Malaysia yang menetap di selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan di Indonesia untuk mengundi secara pos, jadi mereka perlu pulang mengundi.

Ngo, yang kedai barang kemasnya terletak di dalam sebuah pusat beli-belah di Chinatown di Singapura, berkata dia bersedia menanggung kerugian selama dua hari ketika kakitangannya pulang.

"Tujuh daripada sembilan pekerja saya adalah rakyat Malaysia dan dua lagi adalah warga Singapura dan Indonesia.

"Pekerja saya kebanyakannya dari Beruas dan Gopeng di Perak manakala yang lainnya dari Kepong, Port Dickson dan Tebrau," katanya yang berusia 40 tahun itu.

Memetik statistik tidak rasmi, ADUN Senai Wong Shu Qi berkata bulan lalu bahawa kira-kira 300,000 rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura setiap hari sementara 400,000 lagi bermastautin di Singapura, ramai daripadanya berkerja di sana.

Sebahagian besarnya adalah penduduk Johor.

Dengan Johor dijangka menyaksinya persaingan sengit dalam PRU14, maka undi dari kalangan pengundi luar negeri dilihat sangat penting.

[Baca berita penuh]


 

Lihat Komen
ADS