DAP hari ini mengumumkan pegawai khas ketua menteri Pulau Pinang, Eng, Heng Lee Lee akan bertanding di kerusi DUN Berapit pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Heng menggantikan pemimpin veteran DAP, Lydia Ong. Berapit terletak di bawah Parlimen Bukit Mertajam yang dipegang oleh Steven Sim juga dari DAP.

Pencalonan Heng diumumkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada pelancaran pusat operasi Bukit Mertajam hari ini.

"Kami memilihnya berdasarkan pengalaman dan latar belakangnya dalam perkhidmatan awam dan juga untuk kerja-kerja komunitinya di peringkat akar umbi," kata Chow.

Ketika dihubungi, Heng berkata beliau memutuskan untuk menyertai politik kerana dia tidak lagi mahu menjadi sebahagian daripada "majoriti senyap".

"Saya adalah gadis Bukit Mertajam, saya kini berusia 39 tahun dan menghabiskan hampir 30 tahun saya di BM," kata Heng, bekas wartawan yang bekerja selama tujuh tahun bersama Lim Guan Eng.

[Baca berita penuh]