Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Golongan miskin tidak melihat warna kulit - Arutchelvan

Selama beberapa dekad, wajahnya sering kelihatan ketika demonstrasi, sama ada pekerja berjuang menuntut hak mereka atau setinggan mempertahankan rumah mereka daripada diroboh. Akibatnya, dia menghabiskan bermalam-malam dalam lokap polis.

Dia muncul untuk temubual di sebuah restoran di Petaling Jaya, dengan berpakaian kemeja-T PSM dan vest yang memaparkan logo parti itu.

Janggutnya yang tidak terurus rapi, lebih menonjol sekarang berbanding ketika pertama kali kami bertemu dalam satu protes pada akhir tahun 90-an.

Atas rasa ingin tahu, saya bertanya kepada ahli jawatankuasa pusat PSM itu, S Arutchelvan, 51, bila dan bagaimana dia tertarik terhadap sosialisme.

"Percaya atau tidak, ia kerana sekumpulan penduduk Melayu," jawabnya.

"Apabila saya mengikuti pengajian ijazah ekonomi, rakan-rakan saya dan saya memutuskan untuk menyediakan kelas tuisyen percuma di estet.

"Di satu kawasan di Beranang (Selangor), para pekerja memprotes gaji tidak dibayar dan kami menyertai mereka," katanya.

Arutchelvan berkata untuk sampai ke estet di kawasan pedalaman itu, mesti melalui sebuah kampung Melayu.

"Dalam bersolidariti bersama pekerja India di estet tersebut, penduduk Melayu di situ tidak membenarkan bos-bos estet itu menggunakan jalan di kampung itu.

"Dan apabila pekerja Melayu diupah untuk menggantikan pekerja India yang memprotes itu, penduduk kampung ini memberitahu mereka supaya jangan mengganggu periuk nasi orang lain.

"Ia kemudian menyedarkan saya bahawa kelas pekerja dan golongan miskin tidak melihat warna kulit tetapi kesusahan bersama yang mereka depani. Pengalaman ini mengubah perspektif saya daripada bangsa kepada kelas," tambahnya.

'Kumar mengajar saya untuk membantu, Nasir mengajar saya untuk berjuang'

Arutchelven merujuk kepada ahli Parlimen Dr Michael Jeyakumar Devaraj dan pengerusi parti itu Mohd Nasir Hashim sebagai dua individtu yang telah memberi inspirasi kepadanya.

"Dengan Kumar (Jeyakumar), dia seorang lelaki 'simple' dan 'humble'. Dari beliau, saya belajar menolong orang miskin.

"Kunjungi rumahnya, lihat betapa sederhananya. Jika anda pergi ke kliniknya, jururawatnya sentiasa menceritakan bagaimana dia merawat orang ramai secara percuma."

Dari Nasir pula, Arutchelvan berkata dia belajar bagaimana untuk berjuang membantu golongan miskin dan menentang penindasan tanpa rasa takut, walaupun berdepan dengan baton polis dan kemungkinan ditangkap.

"Nasir (gambar bawah) memberitahu kami bahawa apabila anda berjuang untuk rakyat, jangan berdiri di hadapan mereka kerana ini akan menjadikan anda seorang elit dan anda akan dilihat sebagai memimpin mereka.

"Jangan berdiri di belakang mereka, kerana ia akan dilihat seolah-oleh anda menghasut mereka dari jarak yang selamat. Berdiri di sebelah mereka, hadapi apa yang datang bersama mereka," katanya.

Mengenai sama ada dia menyesal memilih PSM daripada parti-parti lain, yang boleh membuka pintu kuasa dan kekayaan, Arutchelvan dengan tegas menjawab:

"Saya tidak pernah sekali-kali menyesal. Datang ke mesyuarat kami, anda akan melihat perbezaannya. Kami ada orang Melayu, Cina, India, dan rakyat dari semua latar belakang etnik dan agama. Tetapi kita tidak pernah bercakap tentang kaum atau agama."

Bagi Arutchelvan, apabila seseorang menyertai PSM dengan mengetahui bahawa iklim politik semasa yang tidak memberi ruang untuk kepentingan politik peribadi, ini menunjukkan bahawa orang itu berdedikasi dan komited untuk berjuang.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS