Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'MCA tak akan kompromi kerusi Bandar Tun Razak'

Pengerusi MCA Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur Datuk Chew Yin Keen menegaskan Parlimen Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju merupakan kerusi tradisional MCA dan parti itu tidak akan berkompromi memberi laluan kepada calon parti lain dalam komponen BN.

"Bandar Tun Razak adalah kerusi tradisional MCA dan ia telah berada di MCA selama bertahun-tahun, begitu juga dengan Wangsa Maju."

"Tidak ada kompromi di pihak kami. Ini pendirian MCA Wilayah Persekutuan," Chew memberitahu wartawan ketika hadir majlis sambutan tahun baru masyarakat India di Bandar Tun Razak hari ini.

Selain itu, Chew berkata BN ialah sebuah parti yang menyediakan perkhidmatan yang baik dan menjaga rakyat sebagai 'jenamanya' dan calon bidan terjun cuma akan 'merosakkan jenama BN' itu.

"Bagaimanakah tema ini boleh melekat jika kita hantar satu calon dari luar yang tidak pernah berkhidmat dan tidak pernah prihatin kepada penduduk-penduduk di Bandar Tun Razak?

"Bagaimanakah calon dari luar ini selaras dengan brand BN ini?

"Jenama BN adalah berkhidmat dan prihatin kepada Bandar Tun Razak sepanjang masa, bukan sekadar sahaja dalam musim pilihan raya umum," kata Chew.

Manakala itu, Ketua Bahagian Umno Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar (gambar) yang turut hadir majlis itu berterima kasih kepada Chew dalam ucapan beliau.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Chew kerana memberi peluang kepadanya bercakap di pentas selepas pemimpin MCA bahagian itu berucap.

Kemudian, Rizalman berkata hal ini menunjukkan bahawa kedua-dua mereka 'boleh berkompromi dalam banyak perkara'.

"Ini menunjukkan saya dengan Datuk Chew, we can work together, we can compromise dalam banyak perkara.

"Kadang-kadang Chew jadi nombor satu, saya jadi nombor dua; kadang-kadang saya jadi nombor satu, dia jadi nombor dua.  This is the beauty of Barisan Nasional di Bandar Tun Razak. MCA, Umno, MIC all the parties we can work together untuk kepentingan rakyat dalam parlimen Bandar Tun Razak.

Sumber dalaman Umno telah mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa Umno merancang untuk memimpin ketua sayap wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil di Bandar Tun Razak.

Sebaliknya, semalam Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan berkata bahawa Umno mengambil pendekatan 'pinjam satu, beri satu' di Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak, meskipun beliau juga mengakui bahawa Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak ialah kerusi MCA.

 


 

Lihat Komen
ADS