Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Pelepasan kepada CCCC untuk elak k’jaan bayar GST’
Diterbitkan:  Apr 17, 2018 12:43 PM
Dikemaskini: 4:54 AM

Kontraktor utama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) - China Communications Construction Company (CCCC) yang dimiliki oleh kerajaan China - diberikan pelepasan cukai GST untuk mengelakkan proses tidak diperlukan serta perbelanjaan bertindih, kata Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Eric See-To.

Beliau menjelaskan bahawa tujuan GST adalah untuk mencukai pengguna terakhir dan bukan perantara dalam rantaian bekalan.

“Bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pelanggan terakhir adalah pihak kerajaan.

“Jika GST dikutip, maka pembayarnya adalah kerajaan dan dibayar kembali kepada kerajaan.

“Adalah lebih baik untuk mengecualikannya, di mana ia diperuntukkan melalui Akta GST agar tiada proses tidak diperlukan serta perbelanjaan bertindih dapat dielakkan,” kata See-To dalam hantaran di laman Facebook.

Terdahulu hari ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa CCCC telah diberikan sijil pelepasan GST atas alasan ECRL adalah projek yang membabitkan kepentingan awam.

Ini susulan kenyataan Naib Presiden AMANAH, Husam Musa semalam bahawa CCCC telah menggunakan sijil pelepasan berkenaan.

Mengulas lanjut, See-To berkata Pakatan Harapan mahu mengambil kesempatan dari penyokong mereka yang kurang pengetahuan tentang GST bagi mencetus kebencian.

“Tidak seperti projek kerajaan lain, projek ini dibiayai oleh pinjaman mudah.

“Memasukkan GST akan menyebabkan jumlah keseluruhan pinjaman dan faedah akan meningkat.

“Maka tindakan kerajaan adalah tepat bagi mengurangkan kos serta elak perbelanjaan bertindih bagi projek ini.

“Mengapa pemimpin senior Pakatan tidak memahami asas paling utama sistem percukaian GST?” soal See-To.

ECRL adalah projek bernilai RM55 bilion yang bakal menghubungkan Kelantan melalui jalan kereta api ke Pelabuhan Klang.

Sebanyak 85 peratus kos projek itu akan dibiayai melalui Bank Eksport-Import China.

Tempoh pembayaran balik bermula pada tahun ketujuh dalam tempoh 13 tahun pada kadar faedah 3.25 peratus.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS