Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Wanita di balik tabir mampu goncang Titiwangsa?

CALONKINI | Sebelum Rina Harun diumumkan sebagai calon BERSATU untuk kerusi Parlimen Titiwangsa, ramai yang tertanya-tanya siapa dia.

Walaupun tidak begitu terdedah di mata awam, dia sebenarnya ketua Srikanda BERSATU dan telah memegang jawatan itu selama setahun sejak 5 April 2017.

Tetapi tidak seperti rakannya Ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq Abdul Rahman, Rina tidaklah begitu terkenal.

Namun begitu, ada sebabnya mengapa Rina terlepas daripada tumpuan pihak media.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Rina berkata sehingga ini, masanya sebagai ketua Srikandi dipenuhi dengan menjelajah ke seluruh negara.

Jelajah itu, katanya, adalah amat perlu kerana sayap Srikandi seperti tidak ada arah dan terumbang-ambing sebelum dia dilantik menerajuinya.

"Ketika itu saya nampak pilihan raya makin dekat, tapi Srikandi masih perlu diberikan ilmu pengetahuan (dalam banyak perkara) kerana mereka datang dari pelbagai latar belakang.

"Tu kita turun ke bahagian, ia bukan sesuatu yang mudah, masa suntuk dan mereka nak kena pergi kursus.

"Itulah sebabnya saya memutuskan yang bercakap di atas biarlah kita ada Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Syed Saddiq," katanya.

Tegasnya, ini kerana seseorang perlu melakukan kerja di peringkat akar umbi.

"Kerja kat bawah ni siapa nak buat? Takkan semua orang nak bercakap.

"Itu yang saya buat untuk kuatkan akar umbi di bawah, persiapan untuk PRU

"Mungkin kerja tu tak popular, tetapi ia perlu dilakukan," tegas Rina.

Rina, yang baru minggu lalu mencecah usia 45 tahun, mengaku bahawa strateginya adalah untuknya mengukuhkan akar umbi parti terlebih dahulu sebelum bertumpu kepada tugas penjenamaannya.

"Tetapi pada akhirnya, ada banyak anasir-anasir nak gugat Srikandi. (Ditawar) dedak, jadi saya terpaksa mengawalnya.

"Seorang ahli Srikandi ditawar RM250,000 tetapi dia tolak. Saya sangat menghargai mereka yang mempunyai ada semangat untuk menolak tawaran seperti itu.

"BERSATU musuhnya Umno/BN yang menyerang dari luar dan dalam, kiri kanan dan makin rumit bila nak tiba pilihan raya... (jadi) tak sempat nak buat branding," tegas Rina.

Namun pelantikan Rina sebagai ketua wanita BERSATU itu tidak juga terlepas daripada menjadi bahan percakapan.

Ada yang menuduh dia menjadi kroni pemimpin parti sebagai alasan pelantikannya.

Menurut usahawan itu, ada ahli Majlis Tertinggi (MT) bertanya macam maman hendak memilih ketua Srikandi, dan beliau mencadangkan supaya setiap calon kemukakan satu pelan tindakan.

"Masa tu tidak ada niat untuk jadi ketua Srikandi. Ada ahli panel empat orang, termasuk Tan Sri Muhyiddin, (bekas pemimpin BERSATU) Datuk Hamidah Osman, setiausaha agung dan ahli Majlis Tinggi lain

"Mereka mengambil cadangan saya tu, lepas itu, pada petang itu, saya dimaklumkan saya jadi ketua Srikandi.

"Saya terperanjat sebab saya datang hanya nak berkongsi idea. Sebab itu saya minta Tan Sri Muhyiddin bagi dua minggu sebelum buat pengumuman rasmi, kerana kita bukan nak umum Rina sebagai ketua Srikandi, saya nak pengumuman itu dibuat bersama pasukan saya," katanya.

Menyedari ada yang percaya pengasas BERSATU Anina Saadudin lebih layak menjadi ketua Srikandi, Rina berkata:

"Kalau dia lebih layak - memanglah orang nampak dia hebat - saya rasa saya tak perlu turun ke bahagian dan negeri untuk memperkemasan organisasi.

"Saya boleh terus promote diri sebagai ketua kalau bawah bawah tu dah siap

"Kita ia bukan sekadar cakap berdegar-degar di atas tapi bila kita tengok di bawah mana la akar umbi," kata Rina.

Rina menggantikan Anina sebagai ketua wanita parti itu. Parti pada masa itu, parti itu menjelaskan bahawa parti itu belum lagi secara rasmi menubuhkan sayap wanita.

Anina kemudiannya meninggalkan parti itu pada September tahun lepas dan sejak itu telah kritikal terhadap parti itu.

Selain daripada jawatan Ketua Srikandi BERSATU, Rina juga menyentuh tentang pemilihannya sebagai calon BERSATU bagi kerusi Titiwangsa - satu keputusannya, yang menurutnya, juga mengejutkannya.

"Kalau saya tahu dicalonkan di Titiwangsa, dah lama (saya) turun ke sana.

"Kalau ada yang pertikai, bagi saya kalau saya ini dipilih panel yang dipengerusikan oleh Tun (dan yang dianggotai) Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz yakin meletakkan saya di Titwangsa, takkan saya tak yakin pada diri saya sendiri?"

Dilahirkan di Tanjung Karang dan dibesarkan di Titiwangsa sebelum keluarganya berpindah ke Sepang ketika dia berumur 18 tahun, Rina mengakui dia sempat pergi di Titiwangsa dua kali sebelum diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan.

"Saya cuma pergi program dua kali, sebagai sebagai ketua Srikandi," katanya sambil menambah bahawa ia merupakan sebahagian daripada programnya ke seluruh negara."

Rina juga mengakui bahawa jika diberi pilihan, dia lebih suka bertanding di Selangor.

"Sebab saya dari Selangor, Sepang lebih baik (kerana) di Selangor."

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS