Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kapal terbang Mahathir tak disabotaj, kata lembaga penerbangan
Diterbitkan:  Apr 28, 2018 9:22 PM
Dikemaskini: 2:27 PM

Selepas menjalankan siasatan, Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menyimpulkan kapal terbang persendirian yang dinaiki Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak disabotaj dan sebaliknya mengalami 'masalah teknikal'.

"Berdasarkan siasatan teliti, CAAM mendapati tiada tanda-tanda sabotaj.

"Kapal terbang itu tidak dapat diterbangkan kerana masalah kecil dan masalah teknikal, termasuklah kebocoran udara dari tayar kiri," kata Pengerusi CAAM Azharuddin A Rahman.

Azharuddin turut mengkritik dakwaan yang dikeluarkan Dr Mahathir yang menurutnya boleh menjejaskan reputasi penerbangan di Malaysia.

"Dakwaan kapal terbang disabotaj merupakan dakwaan serius dan boleh menjejaskan reputasi penerbangan dan Malaysia secara keseluruhannya apalagi ketika tempoh pilihan raya ini.

"Membuat dakwaan palsu untuk kempen politik seperti ini adalah tindakan tidak bermoral," katanya.

Semalam, Dr Mahathir yang seharusnya berlepas dari Lapangan Terbang Subang berkata kapal terbang yang seharusnya dinaikinya menghadapi masalah di bahagaian tayar.

“Nasib baik dapat tahu awal kalau tak tahu awal ada kemungkinan kapal terbang tu terbang dan crash,” kata Dr Mahathir.

Mengulas lanjut, Azharuddin berkata kapal terbang yang terlibat adalah model Bombardier Challenger CL60 dengan pendaftaran 9H-VFD yang beroperasi di bawah Vista Jet Limited.

Jelas Azharuddin, CAAM menjalankan siasatan mendalam termasuk pengesahan dokumen kapal terbang, pemeriksaan fizikal dan mewawancara juruterbang serta pegawai penyelanggaraan kapal terbang itu.

"Dokumen kapal terbang itu menunjukkan tiada laporan kerosakan selain kebocoran udara dari tayar sebelah kiri yang direkodkan pada 27 April.

"CAAM juga dimaklumkan pegawai penyelenggara bahawa tayar sebelah kiri itu tidak cukup angin.

"Mereka kemudian memasukkan angin ke dalam tayar dan memantau tekanan tayar dan kemudian mendapati tekanan udara pada tayar berkurangan pada kadar 2psi per minit," katanya.

Azharuddin berkata VistaJet tidak dapat menukar tayar itu kerana tidak mempunyai alat ganti.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS