Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

PRU14 | Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT), Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar menyorot PAS yang meletakkan beberapa veteran sebagai calon pilohan raya umum (PRU) dan menggesa anggota tentera mengundi parti itu.

Mohd Nazari berkata PAS memilih 10 veteran untuk calon parlimen dan 14 untuk calon dewan undangan negeri (DUN) bagi PRU kali ini, berbanding hanya empat dalam PRU lalu.

"Maknanya sekiranya rakyat khususnya veteran, isteri mereka, dan juga anggota tentera memberi sokongan kepada perwakilan mereka sebab veteran ini akan membawa aspirasi veteran sendiri.

"Sekiranya diberi mandat, merekalah yang akan bercakap di parlimen sebagai membawa dasar, penggubal dasar, membawa perubahan kepada kebajikan dan juga input yang banyak daripada angkatan tentera Malaysia," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS Kedah hari ini.

Nazari juga berkata bahawa tiada parti lain yang mencalonkan veteran sebanyak PAS.

Turut hadir dalam sidang media itu Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi yang berterima kasih kepada Suruhanjya Pilihan Raya (PRU) kerana kerjasama membantu menguruskan undi pos kelmarin, selain menggesa agar pengundi awal yang akan mengundi 5 Mei ini memberi peluang kepada PAS.

Menurut biodata yang disebarkan PAS Kedah sebelum ini, satu-satunya bekas tentera yang dicalonkan PAS bagi PRU ke-14 di Kedah adalah major bersara Mansor Zakaria yang bertanding di DUN Kuala Ketil.

Sementara itu, Nazari menggesa pegawai atasan tentera berlapang dada dalam pilihan raya ini dengan memberi peluang kepada orang bawahan mereka mengundi calon pilihan sendiri.

"Kita mohon tidak ada kenyataan-kenyataan yang seolah-olah menyekat untuk memberi kebebasan untuk anggota-anggota dan pegawai untuk memilh parti yang mana mereka suka untuk menjadi kerajaan yang akan datang," katanya.

Ditanya jika dia cuba mengatakan pegawai atasan tentera mengarahkan orang bawahan mengundi calon tertentu, Nazari berkata perkara itu kadang-kadang berlaku.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak semestinya dalam bentuk arahan lisan.

Sebaliknya, katanya, pegawai tentera yang menyokong 'pihak tertentu' akan terjejas seperti dipindahkan ke tempat bertugas lain yang akan memberi amaran kepada pegawai tentera lain.

Ia juga boleh jadi kerana pegawai tentera setia dengan pemimpin mereka, tambahnya, dan mereka menyokong BN kerana pegawai atasan mereka menykong BN.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS