Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Daim: Kedah, Perak mungkin juga jatuh
Diterbitkan:  May 3, 2018 1:36 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menjangkakan bahawa BN juga akan kehilangan cengkaman kuasanya ke atas Kedah dan Perak, pada 9 Mei ini.

Dalam satu temu bual dengan akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Daim berkata ini akan berlaku jika Pakatan Harapan memenuhi syarat-syarat tertentu, seperti mengemukakan calon menteri besar bagi kedua-dua negeri itu.

"Dengan Tun M (Dr Mahathir Mohamad) dan (Datuk Seri) Mukhriz Mahathir (menerajui), jika mereka menjalankan kempen dengan betul, mungkin (BN) akan kalah," katanya.

Beliau juga menjangkakan peluang BN adalah "50-50" di Johor dan Sabah.

"Sabah ubah kerajaan banyak kali, ingat? Kali terakhir (Tun) Mustapha Harun (kerajaan Usno), kemudian (Tun) Harris Salleh (kerajaan Berjaya).

"Setiap 10 tahun, mereka ubah (kerajaan). Selepas Harris, Pairin Kitingan pula (kerajaan PBS)," katanya.

Beliau berkata selepas Kitingan, BN mengambil alih dan memperkenalkan sistem giliran ketua menteri selama dua tahun setiap pemimpin.

"Saya fikir mood di Sabah (sekarang) mahu berubah," katanya.

Sejak akhir tahun 2007, “jangkaan ” Daim itu seringkali menjadi kenyataan seperti ramalannya bahawa BN akan kalah di Kedah, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-12.

Bagi PRU13 pula, beliau menjangkakan bahawa BN akan menawan semula Kedah jika ia mempunyai pemimpin yang sesuai. BN Kedah akhirnya menang dengan Mukhriz Mahathir dilantik sebagai menteri besar tetapi dipecat tiga tahun kemudian.

Kali ini, Daim tidak menjangkakan BN mempunyai peluang untuk menang di Pulau Pinang dan Selangor.

Bagi Negeri Sembilan, beliau berkata HARAPAN mempunyai peluang menang yang baik jika mereka mempunyai calon menteri besar yang sesuai.

Di Melaka pula, Daim berkata HARAPAN menghadapi masalah untuk menembusi kubu Umno dan hanya calon berwibawa yang mampu mengempur BN di sana.

Mengenai siapa yang bakal menduduki Putrajaya, beliau berkata perubahaan undi sebanyak 10 peratus adalah mencukupi untuk menyaksikan kerajaan persekutuan yang baru, walaupun tanpa "tsunami Melayu".

Walaupun Daim tidak mengulas lanjut. Perubahaan 10 peratus undi yang dirujuk itu mungkin merangkumi sokongan dari Sabah dan Sarawak juga, yang sering diabaikan atasa alasan logistik.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS