Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tingkap kereta api papar logo BN, wajah PM pecah dibaling batu

PRU14 | Sekurang-kurangnya 18 tingkap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang memaparkan simbol BN serta wajah pengerusi parti itu Datuk Seri Najib Razak pecah akibat dibaling batu oleh orang yang tidak dikenali.

Pengerusinya Datuk Ir Nawawi Ahmad tidak dapat memastikan sama ada kejadian tersebut ada kaitan dengan simbol dacing dan juga wajah perdana menteri sementara.

“Saya tak pasti itu (logo dacing dan wajah Najib) antara punca, hidup kita bukan semua orang suka, bukan semua orang tak suka. Tapi dalam kes ini saya nak minta masyarakat lebih berfikiran terbuka, jangan gunakan emosi untuk hancurkan barang-barang kerajaan kerana tingkap itu mahal.

“Kalau (kami) dapat tangkap orang itu saya minta diberi hukuman secukupnya, hukuman berat kerana rosakkan harta benda kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis malam santai industri pelancongan Langkawi di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (Miec), Langkawi, malam tadi.

KTMB menerusi kenyataannya semalam memohon orang ramai terutamanya dalam musim pilihan raya supaya tidak melakukan vandalisme kerana ia akan membahayakan keselamatan penumpang-penumpang, kru, dan pemandu perkhidmatan syarikat pengangkutan awam itu.

Selain itu KTMB juga menegaskan tindakan undang-undang boleh diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), Seksyen 130, di mana jika disabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM50,000 dan 20 tahun penjara.

Sementara itu Nawawi yang juga calon BN Parlimen Langkawi menggesa orang ramai yang menetap berhampiran landasan kereta api untuk lebih bertanggungjawab.

“Mereka lebih bertanggungjawab, jangan membaling batu kerana membahayakan penumpang, merosakkan harta kerajaan dan tindakan boleh diambil.

“Saya akan maklumkan kepada pengurusan untuk kenal pasti lokasi-lokasi yang ada masalah ini dan kita akan hantar keselamatan kita untuk buat tindakan dan semakan,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS